Ngeeeeeeee~~~~~ officially finishing my senior obstetric and Gyanaecological senior posting ....
perolehan dari this posting ?? heheheheh so far so good... n feel good... huuuuu bnyk tips menjadi mummy dapat during this posting either masa clerk mama2 or masa membaca buku.. intresting...
so wanna share sedikit ilmu di hati.. eheeee.... actually benda ni lama dah terbaca tapi xpernah tertulis2 sampai la hari tu pergi melawat seorang kawan bersalin n dia ceritakan pengalaman manis dan mudahnya dia bersalin anak sulung.. As usual selalunye orang bersalin anak sulung memang susuah dan lama sikit berbanding anak seterusnya kan mungkin sebab tiada pengalaman dan juga semua muscle2 yang masih ketat. hehehhe upssss..... so basically dia kata masa dia rasa sakit nak bersalin tu, dia baca surah maryam.. surah dimana menceritakan tentang Siti maryam melahirkan Nabi Isa :
Kelahiran ‘Isa a.s.
Kejadian Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.Semasa maryam sakit hendak bersalin dia telah diwahyukan untuk berjalan lari jauh dari perkampungannya meninggalkan kaum2nya...
Firman Allah s.w.t.:
“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: 23)
Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.
Firman Allah s.w.t.:
“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah Maryam:24-25)
So... ayat2 diatas adalah antara ayat2 tentang kelahiran Nabi Isa A.s .... see sebenarnya semua benda yang aku highlitght kat ats tu adalah ayat2 yang diambil dan diolah oleh saintis perubatan hari ini untuk memudahkan proses kelahiran seorang bayi... Subhanallah indahnya Al-Quran =), so lets kita kupas satu persatu ek :
1) Ketika maryam sakit hendak bersalin dia telah diwahyukan untuk berjalan lari jauh dari perkampungannya meninggalkan kaum2nya...
Berbalik kepada ayat diatas... mengikut perubatan moden, apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, tanda2 kelahiran akan berlaku contohnya pecah air ketuban, perut terasa sakit dan mengeras, keluar lendir bercampur darah.. setiap orang mempunyai tanda yang berlainan.Dalam parubatan ia dipanggil fasa belum aktif 1st stage of labour dimana bukaan cerviix dari 1 ker 4 cm. selalunya fasa ini berlaku selama 8 jam hingga 4 jam bergantung kepada no kehamilan. Untuk mempercepatkan masa atau bukaan servix, ibu2 hamil digalakkan untuk berjalan dan melakukan aktiviti bagi mempercepatkan prosess bukaan rahim.
See... samakan saranan pakar perubatan moden dengan wahyu yang telah berkurun lama diturunkan oleh Allah buat saidatina mariam.. subhanallah..=)
2)Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu
Nabi isa dilahirkan oleh saidatina maryam didalam sungai ( tempat berair ). woderful kan.. korang pernah terbaca tak cara kelahiran baru yang mebuatkan mother2 to have less pain dan mempercepatkan process kelahiran?? yup.. its a new technique yang di keluarkan oleh pakar sakit puan barat dimana kelahiran dalam air lebih memudahkan process kelahiran and megurangkan kesakitan.
its proven guys which is wife DR Muzzafar meggunakan technique ini untuk melahirkan anak dia..
3 goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu
Semasa saidatina maryam nak melahirkan nabi isa, dia diarahkan berpaut pada pangkal pohon kurma dan goyangkanlah dia.. ermm actually this method also had been adapted in this moden century delivery method.. setiap kali mama2 nak bersalin , dekat katil tu akan ada pedal untuk letak kaki dan pedal untuk tangan berpaut. bila ada kontraksi jer, mama tu akan diarahkan tarik pedal tu ke arah dorang and try to push baby out...
subhanallah.... Indahnya A-quran itu..
Haa, ni contoh katil kat labour room yang ada pedal tu... =)
4. Nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.
Semasa process kelahiran tu jugak, Saidatina maryamm diarahkan untuk makan buah kurma yang jatuh keatasnya. Actually in real fact, prosess kelahiran memag memerlukan banyak tenaga. serius bukan senang nak push baby keluar, walaupun aku xpernah rasa tapi tngk pengalaman2 mummy kad ward tu mmg memerlukan kekuatan mental dan physical kot. so make sure full of energey before enter labour room okay.. so apa kena mengena kurma dengan tenaga ?? as we know sumba utama tenaga adalah glucose... and kurma salah satu buah yang kaya glucose which is lbh cepat dibakar dan menghasilkan tenaga dengan kadar segera.. selain tu...
Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh"
hahahha...sorry ayat indon.. aku malas nak translate.. hope korang faham gak r kan = b ihikkk....
hikhikhik to all husband and bakal husband outhere, ini ada sedikit pesanan dari Rasulluah S.A.W for u all :
Nabi Muhammad SAW bersabda:
1) “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
2) “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
***So kesimpulan dari cerita dekat atas, Sweetnya Allah ~~~~ akak yang aku pergi melawat tu memang buat semua tips2 diatas kecuali yang bersalin dalam air tu jer la...hehhe and hasilnya memang sngt mudah. Alhamdulillah process kelahiran anak sulung, pecah ketuban dalam pukul 9 pagi macam tu.. pastu die berjalan g keliling taman dia tu sembang dengan makcik2 kat situ..makan kurma and g hospital dalam pukul 2ptg mcm tu and bukaan rahim dia dah 8 cm .. dalam pkul 4 ptg baby dah deliver dengan mudahnya.. Alhamdullilah... =)
***ermm.... and finally , pernah terbaca yang sakit kedua selepas sakitnya sakataulmaut adalah sakit melahirkan anak.Subhanallah indahnya menjadi wanita..... diberi rasa sedemikian rupa, diampunkan dosa seperti baru lahir ketika dia melahirkan anak..... dan tersentuhnya hati bila terbaca sepotong ayat ini yang diambil dari blog seorang ibu :
" umi mula meneran sambil menahan sakit ya Allah memang hanya ibu2 bersalin(tanpa sebarang ubat tahan sakit) yang pernah merasainya.. ada satu saat di mana kemuncak kesakitan bersalin tu, jika Allah swt bertanya siapakah yang mahu hidup, ibu atau anak? Pastinya umi akan melepaskan anak utk merasai kehidupan baru…(masa tu memang hati dah takda kat dunia hanya memikirkan untuk bersalin dengan apa cara atau sakit manapun asalkan baby selamat)" (T.T) ---- > Miss my moom so much.. mst dia rasa mcm ni jugak masa lahirkan kita...
Anakku,
JIka tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapamu , sekurang- kurangnya jangan buat mereka merana dan bersedih _Nani_
p/s: huhuhuhu sedehnyer tetibe... heeeeeeeeeee xpaham ngan diri sendiri... time faster fly.. i wanna hug u mum.. huhuhu... xsabar nak balik bagi mak sarung meja baru idaman yang dah lama dia carik ... huhuhuhu td g shoping mall terjumpa... Alhamdulillah =)