Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Saturday, 14 April 2012

SeanDainYa Kau catatkan Dia MiLikku

~~~ Simply like this nasihat... InsyaAllah akan disimpin dan dijadikan panduan... buat semua rakan2 juga.... tips bermula dari langkah pertama pencarian jodoh itu sendiri hinggalah saat2 hubungan perkahwinan diuji... InsyaAllah agar kita dipermudahkan dalam usaha mencari kebaikan dan membina keluarga jannati = ) ~~~
 
1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


p/s: ".....bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya....." = )   " dan pasti... saya akan cuba bimbing awak ke syurga juga"_nani_

Tuesday, 10 April 2012

Masih tersenyum = )



Pertama sekali dan selama-lamanya assalamualaikum W.B.T = )

Buat diri dan juga sahabat yang sedang dilanda musibah dan kesedihan …………………… ** LOVE with HUG**  (T.T)
Ketika saat ini  hati menjadi rawan , emosi meruntun hiba, sedih tak bersempadan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Diri lantas mula mempersalahkan keadaan dan merasa seperti tiada ruang lagi untuk pembaikan, tiada ruang untuk kesembuhan tiada ruang lagi untuk memperbetul  dan seperti tiada penyelesaian yang bakal dihadirkan allah…,Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.





Joooooooooooooooooooooooom Muhasabah diri dan Amalkan doa ini...... ….. = )
Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada  Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”
Sambungan hadis Baginda SAW:
“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”
v  Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi.
v  Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan
v  Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.


Buat ayahnda........tabahkan hati menerima qada dan qadar dari ilahi.... semoga kebergantungan kita pada Allah mengatasi kebergantungan kita pada yang lain... doktor juga hanyalah insan biasa.. insan biasa yang hanya diberikan sedikit kelebihan untuk meraih ilmu dan mempunyi cakupan batas dalam ilmunya jua.... yakinlah... Allah sebaik2 pencipta dan sebaik2 penentu nasib hambanya... semoga kita terus tabah dengan dugaan ini..... sentiasa ada senyuman alam titisnya air mata ini... saban doa kukirimkan agar kau terus kuat dan tabah mengharungi hari2 mu ... Insyaallah... <missing u so much >

P/S: Mohon doa dari semua = ) doa sesama saudara Islam... 
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."