Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T =)
Happy saturday and weekend all~~~~ =)
Sebenarnya aku bnyk jer benda nak buat hari ni... study x lagi... adehhhh, baju xberus lagi, baju xangkat lagi, nak pergi beli barang untuk majlis khatam quran malam ni lg..hikhikhik.. bnyk agenda.. tapi one by one ha kita buat... mood nak update blog tngh ada nie... hikhik
Cuti ni sebenarnya main agenda nak belajar... tapi belajarnya baru berapa page jer... kikikik insyaAllah will seriously done mulai esok.. ! Semangat nani... semangat. bkn apa last week sibuk buat video untuk family, sibuk dgn benda tu benda ni smp belajar xpokus.. kikikik alasan tu bnyk jer kan...
ehhhh and cuti ni pun berazam nak dieting jugak... ngikngikngik... hikkk im always get excited bila cakap pasal diet... ni yang nak cerita nie~~~~
hukkkk actually dulu masa masuk ums berat aku ada kot dkt 89kg. haahahha then starter of my diet mood is my "EX-DEAN" itself... masa mula2 masuk med school ni kitorg semua ada sesi interview.. and im the lucky one dapat interview ngan dia.. time tu 2 3 orang la satu bilik... and one of the advice dia suruh aku kuruskan badan... sbb kata dia sebagai doktor, kalau kita nak nasihat orang kita dulu yang mst buat benda tu... cth mcm maakcik kena kuruskan badan sikit ni supaya kencing manis tu senang n boleh kawal... how come patient nak dengar kalau doktor yang cakap nyer pun besar... pas dia bagi aku cth seorang dr ni yang berjaya turunkan berat dia.. blablablab di situ la ringkasannya dan dia cabar aku untuk buktikan.. owh sememangnya aku ni orang yang pantang dicabar :p hikhikhik~~~~~ tapi begining 1st year tu aku xdiet lagi lah... aku start diet waktu middle of 1st year... al kisah bermula bila aku ada Clinical Skill Laboratory yang kena timbang2 berat ngan tinggi untuk kirim BMI dgn skin fold thickness measurement.. HUH masa tu la keegoan ku tercabar giler kot tngk aku yang paling berat antara semua.. dah sah2 la kan... hahhahahhaha sedeyyyy~~~~ sob2.. hari tu terus bertekad nak diet...
diet aku dulu mmg xmakan nasi langsung selama setahun setengah... wahhhh kuatkan Iman nani melawan nafsu ketika itu ? hihihihi
for those yang nak try amalan hidup sihat aku ni silakan....im lost 25kg within setahun setengah dgn amalan hidup sihat ini.. hihihi
-menu pagi : koey teow goreng dgn telur atau ayam
-terus berjalan kaki senaman setiap hari pergi kelas... ada la dalam 2km kot... berbukit okay ..
-lunch saya xambil makanan apa2 sebab i had a heavy breakfast. kalau ambil pun jus makan kuih satu jer
-then balik kelas berjalan lagi naik bukit 2km gak hari2. disebabkan dulu aku xda transport n bergantung pada UMS bus dan sememangnya saya malas naik bus...jadi im prefer walking. g memana semua jalan even kelas bahasa yang jauh giler2 tu... layan kan ajer :)
-evening saya selalu makan roti hotdog, atau lauk pauk sahaja atau bihun sup..
-weekend selalu main futsal, netball and etc
-saya xmakan maggie, xmakan jajan2 sangat
-kurangkan minum air manis...
itu jer la diet aku.. simple kan ?? kihkih....
lagi satu peransang aku nak diet selalunya ialah baju2 idaman aku... dulu aku ada beli satu baju ni aku xmuat.. so aku berazam yang mesti kena berdiet sampai muat pakai baju ni... hahhahahah so every week aku akan try pakai baju tu... hihihi tu namanya ransangan positif ; p
Baju pink ni lah yang aku beli tapi xmuat sampai aku jadikan baju inspirasi setiap minggu try..tapi ni baru in the middle dieting ni dah boleh pakai baju ni.. hahhahah
And to be presented..... its me... satu ketika dahulu... hohoho serius besar... jgn terkejut eh... :p
heheheh masa ni berat aku almost 90 kg kot.. mmg morbid obesity ni time nie... hihihi =) bila pikir balik nak tergelak pun ada.. dulu time besar2 gini mmg less active la kan.. nak bersukan pun malas, nak wat apa2 pun malas tapi saya rajin setadi jerk.. ngengehngeh :p
Tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran berdiet and usaha.. akhirnya selepas setahun setengah saya jadi begini...... taraaaaaaaaaaaaaa......................
Ni berat paling ringan yang saya pernah archieve... hihihi masa ni cuti end of second year berat hanya 64 kg... ehemmmm bangga dengan archievement itu... =)
tapiii....... kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.. hahha masa dah end of second year tu mmg ramai jugak la kawan2 tegur n mak2 sedara tegur gak bila balik cuti kenapa kurus ni.. sakit ker.. xsihat ker, ada makan ubat apa2 ker... grrrrrrrrrrrrrr kata2 tu membuatkan aku pun terpikir, eh sakit ker aku ni , napa semua orang kata mcm tu... hahhahah betul ker makin lama makin turun badan aku nie... ihiksss.....
pas dah macam tu... naik jer third year, aku pun buat la food challange kat diri sendiri, betul ker aku ni sakit badan makin menurun xnak naik2 dah... hahhaha ditambah dgn time tu aku dah strat masuk clinical year.. mmg sngt penat run here and there, nak mebiasakan diri lagi, tngk benda2 yang aku takut cth patient bed sore la apa la.. yang selalu buat kau hypotension and hypoglycemia.. then my food challange start... aku makan tanpa henti kot pastu.. hahhaha setiap hari dua kali makan nasi. tngh hari and malam.. suka hati nak makan apa2... kikikik third year and 4th year duk umah sendiri mmg la lagi bnyk giler makan kan sbb boleh masak sendiri macam2... NO DIET AT ALL...
akhirnyaaa............ taaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa selepas setahun setengah no diet at all... .........
Saya yang kembali chubby.... muehehhehe
sekarang baru rasa insaf n menyesal.. kenapa la aku makan bnyk balik dulu... kenapa la nak buat food challange bagai... mcm mana la nak turunkan bebelas2 kilo ini... pelbagai penyesalan bermain diminda.. hahhahahha sesal dahulu pendapatan sesal kemudian mmg xberguna.. hikhik
jadi sekarang sejak dua bulan yang lalu kembali semangat nak berdiet.. tapi serios mmg xboleh elak nasik kali ni... mana taknya sekarang g mana2 kedai yang mahal2 aku tngk nasi dia la yang paling menarik n berbaloi.. jadi hentam jer la.. but i reduce the intake.. macam seminggu dua kali jer ambil nasi... hehhehe
- the breakfast, kadang2 aku ambil kadang2 skip.. tapi actually breakfast important untk ur metabolism.. tapi kewajipan aku ambil 5ooml of air masak setiap hari selepas bangun tidur.. untuk awet muda.. hehhehe xlah... untuk kesihatan digestive =)
-tngh hari makan mee atau apa2 jer
-ptg g jogging
-malam mmg aku xmakan apa2.. just ambil biskut jer atau cookies..
*** tips diet yang berkesan aku rasa jangan minum atau makan makanan manis kot.. bnyakkan air masak jer... oh lagi satu aku mmg xminum minuman berais.. hehhehe and avoid junk food mcm coklat ker, keropok ker.. sekali sekala makan boleh la.. selalu2 its not help ur diet seriously .....hehhe
last but not least..... currently baju yang menjadi inspire saya untuk kurus....hehehhe beli kat padini masa less hari tu.. hukkkkk i like white, i like cream~~~~ muat tapi rasa kalau kurus lagi cantik kalau pakai baju ni.. hehehheh...... taraaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaa, presented =)
hahahha xsaboooo nak pakai.......:p
Okay despite of aku dah merapu bnyk benda kat atas ni yang mungkin xmembangunkan ummah pun.... nak bagi sedikit tips yang diharap dapat dijadikan panduan oleh ummah :)
Cara Nabi Muhammad Diet
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari.
Beberapa cara yang Nabi kita amalkan dalam diet harian hidup baginda :
- Jangan makan SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
p/s: selamat mencuba ~~~~semalat berhari minggu~~~~