Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Kebaikan datang mmg tanpa diduga kan ? dan yang pastinya
kebaikan itu haruslah dicari… ia xkan datang bergolek.. hiksssss mukadimah nak
bgtau yang we are feeling lucky tetiba terjoin kursus “profession dalam budang
perubatan adalah satu ibadah” . = ) Tanpa dijemput, mahupun nama tersenarai di
dalam list.. kami dengan penuh semangat pergi ke perhimpunan pagi jumaat yang
kononya dengan tujuan untuk pergi CME hospital.. tapi bermula dengan sedikit
kepelikan bila ada perasmi bagai.. hehehhe
ternyata kami dah tersilap join program, rupanya2 ia adalah kursus yang
dikelolakan oleh ahli lembaga pelawat hospital untuk staff2 yang terpilih di
HSJ. Dan yang pasti kami adalah insan2 terpilih yang dipilih oleh Allah S.W.T
untuk berada dalam majlis ilmu itu = )
Kurusus setengah hari yang bermula dari jam 8 hingga jam dua
belas yang menyelitkan 4 slot iaitu komunikasi berkesan dengan pesakit, profession
dalam bidang perubatan adalah fardhu ain, kajian tentang amaln solat pesakit
ketika di hospital dan juga ibadah solat ketika menerima rawatan di hospital. So
post aku kali ni sedikit sebanayk nak share tentang apa yang aku dapat masa
kursus tu.. mungkin berguna untuk untuk kita sekarang mahupun masa akan datang
kerana isu ni mmg sering berbangkit dikalangan pesakit di ward…
Slot pertama tentang komunikasi berkesan.. tujuan ceramah
ini diadakan sebab korang pun tau kot
kan mmg banyak la kan isu masuk paper mahupun television yang mengatakan doctor
bersikap kurang ajar dengan pesakit la, jururawat mengabaikan tugas la dan
macam2 lagi.. apa yang dapat aku grab daripada ceramah tu adalah mungkin juga
sikap atau perilaku kita yang kita sering kali tidak cuba untuk masuk kedalam
diri orang…... get what I mean? Cth: awak seorang yang lawak , bila awak jmp
patients yang serius u need to act professionally la kan and adapt with it for 15 minute while
reviewing ur patients bcoz its ur
profession and u try to build rapport to easier ur work and most important
healing process is not just a matter of medication u gave but its count also
how u touch ur patients heart. Simply say u need to bee flexible la kan..Flexible
for a while dihadapan patients selagi ia tidak menyalahi dan membatasi agama. Tp
mmg xdinafikan jugak la kan kadang2 patient ni mmg bnyk songeh @ kemahuan so penyelesaian kepada masalah ni.. “ sabar
separuh daripada iman “ beredar lah dari situasi jika sudah tidak mampu
bertahan.. hikhik = ) lagi satu please always explaining to ur patients.. take
five to explain what happening now and what u do now.. Because patients will
only start complaining bila awak xngam dgn they all and they all xtau apa
progress disease and what u are trying to do… Remember it was “two ways
relationship”... ~~ Great things are done by series of small things brought
together~~
Slot kedua tentang profession dalam bidang perubatan adalah
fardhu ain.. aku sangat tertarik la kan dengan ayat yang terkeluar dari mulut
ustaz = ) ayat dia lebih kurang mcm ni
la… “ bagaimana menjadi ahli syurga dengan pekerjaan ?” = ) nice kan bunyi dia…
as segala apa yang kita lakukan biarlah membawa kita kepada syurgamu Ya Allah…bermula
dengan ustaz menerangkan tentang apa itu ibadah… bahasa kampung nyer ustaz
jelaskan sebagai apa2 yang kita lakukan selagi tidak melampaui batasan agama kerana
Allah dan kepada Allah.. iaitu Allah adalah tuan dan kita adalah Hamba. Dan
kalau nak citer bab ibadah ni mmg lagi detail la kan.. ada ibadah sunat la,
wajib la n etc.. tp as a simple version
untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian :
Mengikut Syeikh al- isman ibn Tamiyyah “ ibadah adalah satu
istilah yang merangkumi setiap apa yang dsukai dan diredhai oleh Allah daripada
perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang zahir dan batin”
Jadi ibadah ini merangkumi segalanya2 yang baik disisi Allah
dan sekecil2 ibadah iaitu membuang sesuatu benda yang meghalang lalu lintas
mampu dilihat besar disi Allah S.W.T.. as rasa- rasa macam ramai kan dah tahu
mcm mana seorang perempuan yang tidak baik dimasukkan ke dalam syurga hanya
kerana memberi anjing yang sedang dahaga minum dan bagaimana seorang lelaki
masuk ke syurga kerana membuang dahan pokok yang menganggu lalulintas..
errrrrrmmmm…. Awesome jika semua kita niatkan kepada dan kerana Allah
taala.. Tapi pelikkan sekarang kita
malahan aku lebih melihat perkara2 kebaikan
yang dilakukan selain solat , puasa atau perkara wajib yang dituntut Allah S.W.T
sebagai sivik atau kesedaran... bkn sebagai ibadah.. okay.. after this need to
change all mind set manusia2 sejagat tentang apa yang anda lakukan anggaplah
sebagai ibadah kepada dan kerana Allah.. InsyaAllah berebut- rebut kot orang
nak buat kebaikan sebab ia bukan sivik untuk dapat anugrah atau pujian.. tetapi
ia adalah ibadah untuk mendapat syurga Allah.. InsyaAllah = )
Then berkisar
tentang syaraat penerimaan ibadah itu
sendiri iaitu is mestilah ikhlas dan juga ittibaa’. Bercakap mengenai ikhlas
ini memanglah sangat complex . tapi apa yang penting sentiasa tanamkan ia
hanyalah kepada Allah dan kerana Allah.. InsyaAllah.. jagan selitkan atau
detikkan apa2 didalah hati.. Allah maha pengasih dan penyanyang dan sebaik2
penilai = )
Umar
bin Alkhatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi
setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah
kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana ta’at kepada Allah SWT dan Rasulullah
SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya
sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana
perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia
niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”
(Bukhari, Muslim).
Ittibaa’ pula
adalah ibadah yang dilakukan mestilah bertepatan dengan garis panduan syariat.
Sabda
Rasullulah S.A.W “ Barangsiapa yang melakukan amaln tanpa adanya tuntutan
daripada kami maka ia ditolak “ hadith riwayat al bukhari dan Muslim.
Jadi berbalik
kepada profession perubatan sebagai ibadah.. eloklah kita clearkan dulu sama
ada bidang perubatan ini adalah fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Simply say
nyer:
Fardhu
kifayah : saya buat orang lain tak payah buat. Ia perlu ditunaikan oleh
sebahagian umat . cthnyer mandi jenazah.. bila dah ada orang memandikan ia
sudah mencukupi tetapi lebih baiknyer la kita berlumba2 untuk memandikan atau
berlumba2 untuk mengejar kebaikan itu = )
Fardhu ain :
perlu dilakaukan oleh individu yang berilmu dan dipertanggungjawabkan. Ia wajib
dilakukan setelah kesanggupan menerima amanah kerja dan dibayar gaji.
Jadi profession
perubatan adalah fardhu ain . tapi macam yang kita tngk sekrang, slogan lebih
kuat berbunyi dan lebih hebat ditampalkan daripada tangan dan kaki yang
bergerak… mungkinkah akibat kita cuai dalam tugasan sebagai muslim??? Hmmmmmm ….
Harus dipikir dan diatasi (o.0) kerana…………………………………..
Amanah ---------------à kesanggupan memikul amanh ----------------à dipersoalkan dihadapan Allah S.W.T
“ setiap kamu
adalah penjaga dan setiap daripada kamu bertanggungjawab atas jagaanya “
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemudia slot
disambung dengan pembentangan kajian tentang amalan solat pesakit ketika berada
di hospital menggunakan 100 respondent pelbagai umur. Daripada kajian 80 %
respondent solat dirumah dan hanya 20 % tidak.. tetapi apabila dimasukkan ke
ward daripada 80% respondent yang solat dirumah tadi hanya 40 % yang solat di
hospital ketika dimasukkan ke ward manakala 60% lagi tidak solat ketika
dimasukkan ke ward. Antara sebab yang
diberikan adalah rasa tidak selesa dan
juga tidak lengkap, surau jauh, tidak tahu bagaimana hendak solat ketika
sakit.. aku kira percentange ini mmg
tinggi dan sesuatu MMG HARUS DILAKUKAN DAN KITA HARUS BERMULA.
Pembentangan ini
disusuli dengan solution that we can
come out, ustaz pun ngajar la ibadah solat semasa menerima rawatan di hospital
atas kefardhuan solat itu sendiri …
Rasullulah S.A.W bersabda: Islam itu terbina
diatas lima perkara, bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan
Muhammad itu utusan dan Rusulllulah , mendirikan solat, membayar zakat,
melaksanakan ibadah haji dan berpuasa dibulan Ramadhan “ ( hadis riwayat
bukhari dan muslim)
Jadi selagi
akal berfungsi + mampu ( sekecil2 perbuatan iaitu menggerakkan anak mata) =
Wajib Solat
Tapi.. apa
yang terjadi sekarang,kita orang melayu ni penuh beradun sangat kalo kita ckp
dalam bahasa peneng… hehehhe maknanya kat situ we are to complicated, too
demanding.. nak lengkap semua baru nak solat.. heheheh padahal kewajipan tu
lebih penting mengatasi keperluan…. Jadi, jum kita ubah persepsi masyarakat
yang islam itu mudah, jgn susahkan. Tak perlu ruang yang besar selesa, jika
tidak yakin atau tidak mencakupi kiblat pun masih boleh solat dan jika mereka
merasakan diri itu kotor??? Tanya apa yang kotor.. selagi bukan hadas besar dan
kecil, semestinya kita bersih dan suci.
Al- hafiz ibn Kathir ketika mengulas pengertian ayat ini,
beliau berkata “ kamu tidak akan dibebankan dengan apa yang kamu tidak mampu
laksanakan, dan kamu tidak diperintahkan melakukan sesuatu, lalu ia menjadi
berat bagimu, melainkan Allah akan memberikan kelonggaran serta menunjukka jalan
keluar” ( tafsir al-quran al-Azim :5/455)
Sabda Rasullulah S.A.W
Maksudnya “ sesungguhnya agama itu mudah” ( hadith riwayat
al- bukhari)
Sabda Rasullulah S.A.W
Maksudnya “ hendaklah kamu mempermudahkan dan jangan
menyusahkan, dan berilah khabar gembira dan janganlah menjauhkan (orang dari
agama) ( hadith riwayat bukhari dan muslim )
Cara pertama yang kita perlu ingatkan patients adalah
lakukan ibadah berdasarkan kemampuan. Jika dia masih mampu duduk, lakukan solat
duduk dan jika hanya mampu berbaring maka lakukan solat dengan berbaring.
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (16)
Maksudnya : "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut
kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah harta yang baik
untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah
orang-orang yang beruntung."
(Surah at-Taghabun ayat 16)
Maka apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu perintah,
maka datanglah ia dengan kadar kemampuan kamu “ ( hadith riwayat bukhari dan
muslim )
Bila masuk bab hukum hakam bersuci bagi pesakit apa yang
kami bincangkan adalah bersuci dari hadas besar dan kecil
Hadas kecil : kita boleh wudhu atau tayamum
Hadas besar : kita boleh bermandi wajib atau tayamum.
Yang selalu menjadi kekonfiusan patients adalah bila mana
mereka merasakan susah untuk mengambil air wuduk kerana balutan itu dan inu mahupun
branula yang rata2 semua patients ada. Jadi konsepnyer begini :
1)
Air : gunakan apabiloa ia tidak memudaratkan
Majority anggota
wudhu boleh dibasuh
Jika ada antara
nya tidak boleh dibasuh, sapukan diatas balutan sahaja
2)
Tanah @ debu : Tidak memudaratkan
Majority anggota wudhu’ tidak
boleh dibasuh
Bergantung kepada nasihat doctor
Ok.. bab tayamum ni dia ada kelonggaran lagi dimana kalo
ikut mazhab kita iaitu imam shafie debu yang digunakan hanya boleh digunakan untuk satu
sapuan dan sapuan tangan adalah hingga kesiku. Tapi disebabkan masalah untuk
membawa debu yang mana debu steril sekarang mmg ada dijual di pasaran tau.. so
ustaz ni cakap kita boleh mengambil kira pandangan mazhab lain yang mana debua
boleh digunakan untuk lebih dari satu sapuan dan juga sapun di tangna hanya
perlu sampai ke pergelangan tangan. Dan jika
mempunyai masalah lagi untuk mencari debu atau tanah sebab korang tau la kan. Hospital
mana nak ada debu tak pun xleh bawak masuk kang infectious lak, so korang boleh
jer ajar patients untuk pergi jer dekat mana2 dinding dan tepuk dengan assume
ia ada debu.. ini kerana ia telah dipersetujui oleh jakim dimana ketika sheikh
muzaffar pergi ke angkasawan dengan keadaan yang sangat steril dan xde pape
dalam kapal angkasa tu, dia hanya membuat isyarat menepuk dinding kapal angkasa
untuk bertayamum.
3)
Tidak menggunakan apa2: penggunaan air dan debu tanah tidak dibenarkan dr
Solat tatap harus dilaksanakan dan ianya sah serta tidak perlu di qada’
Masuk
kepada isu solat pesakit, ia termasuk 2 sub iaitu :
1)
Solat berdasarkan kemampuan : berdiri @ dudk @
baring
Setiap pergerakan solat dilakukan mengikut kemampuan
2)
Jama’ solat : boleh melakukan jama’ tamam tau
jama’ tanpa qasar dalam kes2 tertetu contohnya patients yang susah bergerak
untuk budak atau patients yang ber colostomy beg risau najis terkeluar
sementara menunggu dari satu waktu solat ke waktu yang lain.
Berkata
‘Imran ibn Husayn RA : “ Aku ditimpa penyakit buasir, lalu kau bertanya kepada
Rasullulah SAW ( tentang bagaimana cara untuk solat), maka jawab baginda SAW : ‘
Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu maka solatlah secara duduk,
sekiranya kamu tidak mampu maka solatlah secara mengiring’ ( hadith riwayat
Bukhari )
Untuk permantapan cara solat duduk, berdiri
dan baring boleh la sama2 kita you tube untuk melihat cara-caranya. Yup…
Hehheeh
selesai sudai… itu lah sedikit sebanyak konsep yang aku dapat and dapat share
mengenai kursus yang aku hadiri… moga membuka mata dan memberi manfaat kepada
kita semua , InsyaAlllah… dan semoga kebergantungan pesakit2 kitakepada Allah
melalui ibadah, solat dan doa adalah lebih kuat dan hebat berbanding
kebergantung kepada doctor kerana doctor hanyalah insan biasa yang hanya
diberikan sedikit ilmu oleh Allah untuk mebantu merubati dengan kuasamu ya Allah
dan yang doctor masih ada cakupan dan batasan ilmu sedangkan Allah itu cakupan ilmu
nya menyeluruh dan DIALAH maha mengetahui dan maha memberi kesembuhan = )
P/S : eh… pasni leh suggest kat semua2
hospital yup untuk buat kursus mcm ni.. sangat berguna dan bermafaat.. dan
memudahkan kerja kita jugak la.. sbb xpayah baca buku dah.. hehhehe “ peace” = )