Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Tuesday, 22 May 2012

“profession dalam budang perubatan adalah satu ibadah”


Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Kebaikan datang mmg tanpa diduga kan ? dan yang pastinya kebaikan itu haruslah dicari… ia xkan datang bergolek.. hiksssss mukadimah nak bgtau yang we are feeling lucky tetiba terjoin kursus “profession dalam budang perubatan adalah satu ibadah” . = ) Tanpa dijemput, mahupun nama tersenarai di dalam list.. kami dengan penuh semangat pergi ke perhimpunan pagi jumaat yang kononya dengan tujuan untuk pergi CME hospital.. tapi bermula dengan sedikit kepelikan bila ada perasmi bagai.. hehehhe  ternyata kami dah tersilap join program, rupanya2 ia adalah kursus yang dikelolakan oleh ahli lembaga pelawat hospital untuk staff2 yang terpilih di HSJ. Dan yang pasti kami adalah insan2 terpilih yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk berada dalam majlis ilmu itu = )


Kurusus setengah hari yang bermula dari jam 8 hingga jam dua belas yang menyelitkan 4 slot iaitu komunikasi berkesan dengan pesakit, profession dalam bidang perubatan adalah fardhu ain, kajian tentang amaln solat pesakit ketika di hospital dan juga ibadah solat ketika menerima rawatan di hospital. So post aku kali ni sedikit sebanayk nak share tentang apa yang aku dapat masa kursus tu.. mungkin berguna untuk untuk kita sekarang mahupun masa akan datang kerana isu ni mmg sering berbangkit dikalangan pesakit di ward…

Slot pertama tentang komunikasi berkesan.. tujuan ceramah ini diadakan  sebab korang pun tau kot kan mmg banyak la kan isu masuk paper mahupun television yang mengatakan doctor bersikap kurang ajar dengan pesakit la, jururawat mengabaikan tugas la dan macam2 lagi.. apa yang dapat aku grab daripada ceramah tu adalah mungkin juga sikap atau perilaku kita yang kita sering kali tidak cuba untuk masuk kedalam diri orang…... get what I mean? Cth: awak seorang yang lawak , bila awak jmp patients yang serius u need to act professionally la kan  and adapt with it for 15 minute while reviewing ur patients  bcoz its ur profession and u try to build rapport to easier ur work and most important healing process is not just a matter of medication u gave but its count also how u touch ur patients  heart.  Simply say u need to bee flexible la kan..Flexible for a while dihadapan patients selagi ia tidak menyalahi dan membatasi agama. Tp mmg xdinafikan jugak la kan kadang2 patient ni mmg bnyk songeh @ kemahuan  so penyelesaian kepada masalah ni.. “ sabar separuh daripada iman “ beredar lah dari situasi jika sudah tidak mampu bertahan.. hikhik = ) lagi satu please always explaining to ur patients.. take five to explain what happening now and what u do now.. Because patients will only start complaining bila awak xngam dgn they all and they all xtau apa progress disease and what u are trying to do… Remember it was “two ways relationship”... ~~ Great things are done by series of small things brought together~~

Slot kedua tentang profession dalam bidang perubatan adalah fardhu ain.. aku sangat tertarik la kan dengan ayat yang terkeluar dari mulut ustaz  = ) ayat dia lebih kurang mcm ni la… “ bagaimana menjadi ahli syurga dengan pekerjaan ?” = ) nice kan bunyi dia… as segala apa yang kita lakukan biarlah membawa kita kepada syurgamu Ya Allah…bermula dengan ustaz menerangkan tentang apa itu ibadah… bahasa kampung nyer ustaz jelaskan sebagai apa2 yang kita lakukan selagi tidak melampaui batasan agama kerana Allah dan kepada Allah.. iaitu Allah adalah tuan dan kita adalah Hamba. Dan kalau nak citer bab ibadah ni mmg lagi detail la kan.. ada ibadah sunat la, wajib la n etc..  tp as a simple version untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian :

Mengikut Syeikh al- isman ibn Tamiyyah “ ibadah adalah satu istilah yang merangkumi setiap apa yang dsukai dan diredhai oleh Allah daripada perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang zahir dan batin”

Jadi ibadah ini merangkumi segalanya2 yang baik disisi Allah dan sekecil2 ibadah iaitu membuang sesuatu benda yang meghalang lalu lintas mampu dilihat besar disi Allah S.W.T.. as rasa- rasa macam ramai kan dah tahu mcm mana seorang perempuan yang tidak baik dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi anjing yang sedang dahaga minum dan bagaimana seorang lelaki masuk ke syurga kerana membuang dahan pokok yang menganggu lalulintas.. errrrrrmmmm…. Awesome jika semua kita niatkan kepada dan kerana Allah taala..  Tapi pelikkan sekarang kita malahan aku  lebih melihat perkara2 kebaikan yang dilakukan selain solat , puasa atau perkara wajib yang dituntut Allah S.W.T sebagai sivik atau kesedaran... bkn sebagai ibadah.. okay.. after this need to change all mind set manusia2 sejagat tentang apa yang anda lakukan anggaplah sebagai ibadah kepada dan kerana Allah.. InsyaAllah berebut- rebut kot orang nak buat kebaikan sebab ia bukan sivik untuk dapat anugrah atau pujian.. tetapi ia adalah ibadah untuk mendapat syurga Allah.. InsyaAllah = )  

Then berkisar tentang syaraat  penerimaan ibadah itu sendiri iaitu is mestilah ikhlas dan juga ittibaa’. Bercakap mengenai ikhlas ini memanglah sangat complex . tapi apa yang penting sentiasa tanamkan ia hanyalah kepada Allah dan kerana Allah.. InsyaAllah.. jagan selitkan atau detikkan apa2 didalah hati.. Allah maha pengasih dan penyanyang dan sebaik2 penilai = )

Umar bin Alkhatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana ta’at kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”
(Bukhari, Muslim).

Ittibaa’ pula adalah ibadah yang dilakukan mestilah bertepatan dengan garis panduan syariat.

 Sabda Rasullulah S.A.W “ Barangsiapa yang melakukan amaln tanpa adanya tuntutan daripada kami maka ia ditolak “ hadith riwayat al bukhari dan Muslim.

Jadi berbalik kepada profession perubatan sebagai ibadah.. eloklah kita clearkan dulu sama ada bidang perubatan ini adalah fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Simply say nyer:

Fardhu kifayah : saya buat orang lain tak payah buat. Ia perlu ditunaikan oleh sebahagian umat . cthnyer mandi jenazah.. bila dah ada orang memandikan ia sudah mencukupi tetapi lebih baiknyer la kita berlumba2 untuk memandikan atau berlumba2 untuk mengejar kebaikan itu = )

Fardhu ain : perlu dilakaukan oleh individu yang berilmu dan dipertanggungjawabkan. Ia wajib dilakukan setelah kesanggupan menerima amanah kerja dan dibayar gaji.

Jadi profession perubatan adalah fardhu ain . tapi macam yang kita tngk sekrang, slogan lebih kuat berbunyi dan lebih hebat ditampalkan daripada tangan dan kaki yang bergerak… mungkinkah akibat kita cuai dalam tugasan sebagai muslim??? Hmmmmmm …. Harus dipikir dan diatasi  (o.0)  kerana…………………………………..

Amanah ---------------à kesanggupan memikul amanh ----------------à dipersoalkan dihadapan Allah S.W.T
“ setiap kamu adalah penjaga dan setiap daripada kamu bertanggungjawab atas jagaanya “ (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudia slot disambung dengan pembentangan kajian tentang amalan solat pesakit ketika berada di hospital menggunakan 100 respondent pelbagai umur. Daripada kajian 80 % respondent solat dirumah dan hanya 20 % tidak.. tetapi apabila dimasukkan ke ward daripada 80% respondent yang solat dirumah tadi hanya 40 % yang solat di hospital ketika dimasukkan ke ward manakala 60% lagi tidak solat ketika dimasukkan ke  ward. Antara sebab yang diberikan adalah  rasa tidak selesa dan juga tidak lengkap, surau jauh, tidak tahu bagaimana hendak solat ketika sakit.. aku kira percentange ini  mmg tinggi dan sesuatu MMG HARUS DILAKUKAN DAN KITA HARUS BERMULA.

Pembentangan ini disusuli dengan  solution that we can come out, ustaz pun ngajar la ibadah solat semasa menerima rawatan di hospital atas kefardhuan solat itu sendiri …
 Rasullulah S.A.W bersabda: Islam itu terbina diatas lima perkara, bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan dan Rusulllulah , mendirikan solat, membayar zakat, melaksanakan ibadah haji dan berpuasa dibulan Ramadhan “ ( hadis riwayat bukhari dan muslim)

Jadi selagi akal berfungsi + mampu ( sekecil2 perbuatan iaitu menggerakkan anak mata) = Wajib Solat
Tapi.. apa yang terjadi sekarang,kita orang melayu ni penuh beradun sangat kalo kita ckp dalam bahasa peneng… hehehhe maknanya kat situ we are to complicated, too demanding.. nak lengkap semua baru nak solat.. heheheh padahal kewajipan tu lebih penting mengatasi keperluan…. Jadi, jum kita ubah persepsi masyarakat yang islam itu mudah, jgn susahkan. Tak perlu ruang yang besar selesa, jika tidak yakin atau tidak mencakupi kiblat pun masih boleh solat dan jika mereka merasakan diri itu kotor??? Tanya apa yang kotor.. selagi bukan hadas besar dan kecil, semestinya kita bersih dan suci.

Al- hafiz ibn Kathir ketika mengulas pengertian ayat ini, beliau berkata “ kamu tidak akan dibebankan dengan apa yang kamu tidak mampu laksanakan, dan kamu tidak diperintahkan melakukan sesuatu, lalu ia menjadi berat bagimu, melainkan Allah akan memberikan kelonggaran serta menunjukka jalan keluar” ( tafsir al-quran al-Azim :5/455)

Sabda Rasullulah S.A.W
Maksudnya “ sesungguhnya agama itu mudah” ( hadith riwayat al- bukhari)

Sabda Rasullulah S.A.W
Maksudnya “ hendaklah kamu mempermudahkan dan jangan menyusahkan, dan berilah khabar gembira dan janganlah menjauhkan (orang dari agama) ( hadith riwayat bukhari dan muslim )
Cara pertama yang kita perlu ingatkan patients adalah lakukan ibadah berdasarkan kemampuan. Jika dia masih mampu duduk, lakukan solat duduk dan jika hanya mampu berbaring maka lakukan solat dengan berbaring.

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (16)

Maksudnya : "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung." 
(Surah at-Taghabun ayat 16)

Maka apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu perintah, maka datanglah ia dengan kadar kemampuan kamu “ ( hadith riwayat bukhari dan muslim )

Bila masuk bab hukum hakam bersuci bagi pesakit apa yang kami bincangkan adalah bersuci dari hadas besar dan kecil
Hadas kecil : kita boleh wudhu atau tayamum
Hadas besar : kita boleh bermandi wajib atau tayamum.
Yang selalu menjadi kekonfiusan patients adalah bila mana mereka merasakan susah untuk mengambil air wuduk kerana balutan itu dan inu mahupun branula yang rata2 semua patients ada. Jadi konsepnyer begini :
1)      Air : gunakan apabiloa ia tidak memudaratkan
       Majority anggota wudhu boleh dibasuh
      Jika ada antara nya tidak boleh dibasuh, sapukan diatas balutan sahaja
2)      Tanah @ debu : Tidak memudaratkan
                            Majority anggota wudhu’ tidak boleh dibasuh
                           Bergantung kepada nasihat doctor
Ok.. bab tayamum ni dia ada kelonggaran lagi dimana kalo ikut mazhab kita iaitu imam shafie debu yang digunakan hanya boleh digunakan untuk satu sapuan dan sapuan tangan adalah hingga kesiku. Tapi disebabkan masalah untuk membawa debu yang mana debu steril sekarang mmg ada dijual di pasaran tau.. so ustaz ni cakap kita boleh mengambil kira pandangan mazhab lain yang mana debua boleh digunakan untuk lebih dari satu sapuan dan juga sapun di tangna hanya perlu sampai ke pergelangan tangan.  Dan jika mempunyai masalah lagi untuk mencari debu atau tanah sebab korang tau la kan. Hospital mana nak ada debu tak pun xleh bawak masuk kang infectious lak, so korang boleh jer ajar patients untuk pergi jer dekat mana2 dinding dan tepuk dengan assume ia ada debu.. ini kerana ia telah dipersetujui oleh jakim dimana ketika sheikh muzaffar pergi ke angkasawan dengan keadaan yang sangat steril dan xde pape dalam kapal angkasa tu, dia hanya membuat isyarat menepuk dinding kapal angkasa untuk bertayamum.

3)      Tidak menggunakan apa2: penggunaan  air dan debu tanah tidak dibenarkan dr
Solat tatap harus dilaksanakan dan ianya sah serta tidak perlu di     qada’

Masuk kepada isu solat pesakit, ia termasuk 2 sub iaitu :
1)      Solat berdasarkan kemampuan : berdiri @ dudk @ baring
                                                           Setiap pergerakan solat dilakukan mengikut kemampuan

2)      Jama’ solat : boleh melakukan jama’ tamam tau jama’ tanpa qasar dalam kes2 tertetu contohnya patients yang susah bergerak untuk budak atau patients yang ber colostomy beg risau najis terkeluar sementara menunggu dari satu waktu solat ke waktu yang lain.

Berkata ‘Imran ibn Husayn RA : “ Aku ditimpa penyakit buasir, lalu kau bertanya kepada Rasullulah SAW ( tentang bagaimana cara untuk solat), maka jawab baginda SAW : ‘ Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu maka solatlah secara duduk, sekiranya kamu tidak mampu maka solatlah secara mengiring’ ( hadith riwayat Bukhari )

 Untuk permantapan cara solat duduk, berdiri dan baring boleh la sama2 kita you tube untuk melihat cara-caranya. Yup…

Hehheeh selesai sudai… itu lah sedikit sebanyak konsep yang aku dapat and dapat share mengenai kursus yang aku hadiri… moga membuka mata dan memberi manfaat kepada kita semua , InsyaAlllah… dan semoga kebergantungan pesakit2 kitakepada Allah melalui ibadah, solat dan doa adalah lebih kuat dan hebat berbanding kebergantung kepada doctor kerana doctor hanyalah insan biasa yang hanya diberikan sedikit ilmu oleh Allah untuk mebantu merubati dengan kuasamu ya Allah dan yang doctor masih ada cakupan dan batasan ilmu sedangkan Allah itu cakupan ilmu nya  menyeluruh dan DIALAH  maha mengetahui dan maha memberi kesembuhan  = )

 P/S : eh… pasni leh suggest kat semua2 hospital yup untuk buat kursus mcm ni.. sangat berguna dan bermafaat.. dan memudahkan kerja kita jugak la.. sbb xpayah baca buku dah.. hehhehe “ peace”  = )



1 comment: