Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Cuti musim persekolahan dah bermula… kenduri kahwin pun dah rancak disana sini… balik seminggu ni Alhamdulillah sempat pergi ke satu persiapan perkahwinan anak jiran sebelah kanan rumah … sempat pergi persiapan jer.. kenduri sebenar xdapat pergi sebab hari ahad dah balik ke sangkar semula = ) sambil tngk2 si pakcik pelamin buat design untk scarlet meja makan beradap… sorang lagi jiran sebelah kiri rumah pun tanya.. perbualan nyer lebih kurang mcm ni:
Makcik G: kamu ada calon dah nani..
Aku : heheheheh belum lg.. cik G tlg la carikkan … hahha ( dgn penuh tak malunyer aku suruh… sesaje xtau nak jwb apa )
Mak : ( akan menjawab jawapan standard setiap kali aku ditanya soalan tu ) --- > tengah belajar lagi.. mana boleh bercinta. Kena focus belajar dulu ( bagus kan mak aku ? study no ONE.. hehehe)
Makcik G : setengah orang belajar2 pun kena berboipren- boipren jugak.. katanya SUMBER INSPIRASI… penaik semangat nak belajar
Aku : ( ok terkesima n terus terdiam ) xsempat nak membidas mahupun nak perbetulkan mind set makcik mahupun nak amal makruf nahi mungkar kat makcik …. ( dush.. lambat bertindak aku ni ) cume sempat cakap… xpe.. nak cari, cepat jer nnt.. hehehhe
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sumber Inspirasi ??? sapakah yang harusnya menjadi role model bagi anak2 muda zaman sekarang ni ?
Pastinya berbeza bagi setiap org …
Kalau Tanya yang ber agama2 skit mst jawab Nabi Muhammad S.A.W
Kalau Tanya yang Politikus2 skit mst jawab Tun Dr Mahathir Muhammad
Kalau Tanya Mat Bola mesti jawab Khairul Fahmi a.k.a Apek
Kalau Tanya yang Hoha…hoha skit mst jawab siti nurhaliza , xpun tomok
Yang pasti role model anda adalah cara bagaimana anda dicorakkan atau diajar dari kecil hingga sekarang sebenarnya….
Mcm aku sendiri bkn lah dilahirkan dari keluarga yang warak mahupun yang sngt menekankan ilmu agama tapi yang wajib still dimonitor la oleh mereka… Ilmu agama cuma belajar kat sekolah dan mak ayah ada jugak belikan buku agama …. Tp paham2 jer la kan.. bila belajar kat sekolah , Saya faham tapi xmeresap pun.. paham untk jwb exam.. Ayah dan mak banyak mengajar erti hidup, erti berdikari, erti kena belajar rajin2…. sehingga aku menjadi seorang yang sngt bersedia kot untk hidup sendiri..heheh (konon) Sehingga ke umur aku 18 tahun, Ayah adalah role model aku … bnyk ilmu hidup yang dia ajar aku sehingga satu kata2 dia yang aku takkan pernah lupa “U ARE TOO GREEN TO LOVE AND TO BE LOVE.. LEARN ABOUT RESPONSIBILITY “ ( kata2 tu dipehang sehingga sekarang ).. tp saya rasa sy dah green2 nak ke yellow dah. Hehehe
Rasullullah berkata “ Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu “
Patu role model aku pernah gak bertukar ker Tun Dr Mahathir sebab time tu rasa nak jadi poitikus.. hehheheh tapi kejap jer tu.. masa alam matrix dulu..
Sampai la ke alam University apabila sy diperkenalkan dengan sebuah badan bukan kerajaan yang menyemat tarbiyyah dalam diri ini…. Setiap minggu pasti akan keluar role2 model pejuang islam dan yang pasti nya Nabi Muhammad S.A.W adalah role model terbaik dari setiap sudut kehidupan. Perjuangannya, akhlaknya, kebijaksanaannya, keadilannya… emmmm ISTEMEWA = ) Pastu role Model trus jdi berubah lagi......
Jadi Conclusinya disini… benarlah role model atau inspirasi sebenarnya datang dari mcm mana cara awak diasuh atau dibentuk…..
Dan nak selitkan sedikit…..
4 tahap mendidik atau mengasuh atau membentuk anak berdasarkan sebuah hadis :
Dari lahir sehingga ke umur 4 tahun : Didiklah ia dengan penuh belaian, manja dan juga senda gurau
Dari umur 4 tahun sehingga ke umur Baligh : Didiklah ia dengan Penuh arahan dan tunjuk ajar
Dari umur baligh hingga ke umur 21 : Jadilah kawan yang paling rapat untuknya. Masuklah kedalam hatinya
Selepas Umur 21: berilah kebebasan Untuknya memilih selagi ia xmelanggar syarak = )
P/s :1) Didik lah anak sedari kecil tentang hero2 dan heroin Islam supaya role model yang disematkan penuh
semangat juang
2) Kepada yang masih mencari2 haluan Cepat2 joinkan diri dalam badan bukan kerajaan yang bawa isu2 tarbiyyah ni.. anda pasti xterlambat… sikit2 kita perbetulkan diri.
3) My Dad… U r my best teacher = )