Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Bahan-bahannya :
-Udang kecil 10-15 ekor (disiang dan dibasuh bersih, untuk elak hanyir basuh bersama air garam )
-Bawang merah kecil 3 ulas ( potong jer halus2)
-Bayam hijau seringgit (potong n basuh bnyak2 kali sebab bayam selalu melekat tanah jadi basuh dan toskan berkali2)
-Cili merah sebiji ( potong serong2 sebagai pencantikkan makanan untk memberi warna )
-Air putih 1 ½ cawan
-Santan (estimated dalam ¾ cawan )
-Garam dan gula ( secukup rasa )
Cara membuatnya :
-Langkah pertama, niat dalam hati agar makanan ini penuh berkah , ambil wuduk, pakai apron, banyyakkan selawat dan mulakan doa memasak = )
-Masukkan air, bawang merah yang dipotong , dan udang ke dalam periuk
-Kemudian buka api dan biarkan sehingga air mendidih
-Masukkan sayur bayam tadi kedalam periuk dan kacau sehingga sayur agak kelayuan. ( jgn nmpk layu sngt nmpk rasa dia dah xsegar )
-Masukkan cili merah tadi
-Kemudian masukkan santan kelapa dan pastikan apabila santan dimasukkan , sayur tadi perlu dikacau -dengan kerap sebab takut santan tu pecah minyak . masak bersama santan hanya dalam 5-7 minit jer
-Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
-Tutp api dan dah boleh dihidangkan = )
No comments:
Post a Comment