Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Saturday, 28 January 2012

En.suami lagi MuDa?????

Pertama sekali dan selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Hehehhe apakah pos entry begini ??? hey……….. hey…….hey………….. awak dah jatuh cinta dengan laki lebih muda dari awak ker nani ? tnggh berdoa tunggu dia dtg meminang ker ? kater..  be a man approach her wali not her…. heheheh  jengjeng…. ( ?.?)

Tidaklah.. sekadar ingin berkongsi ilmu rumah tanggga, maklumla umur semakin meningkat, mungkin seru juga semakin nak sampai… hehhehe = ) dan memandangkan budaya kawin dengan si En. Suami yang lebih muda ni semakin banyak, jadi just nak highlight who ever you are married to, even dia lebih muda dari awak, hormat sebagai suami tetap perlu diutamakan.. chewahhh = )

Takde masalah la kahwin dgn lelaki muda ni.. syarat sah kawin xda cakap pun pasal umur… toinggggg…. Okeyh  syarat sah dah lepas so, boleh la kan.. = )
Dan antara dalil2 skit tentang perkahwinan :

Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
(Surah An-Nisa' 4 : 3)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan diantara cerita kahwin muda yang paling Famous ialah tentang Rasullulah S.A.W sendiri dimana ketika berkahwin dgn Siti Khadijah :
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadtijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Ngeeeeeeeeee tap ironinyer ada yang ckp lelaki muda xmatang , lelaki muda xromantik, lelaki muda xda sense untuk berumah tangga mahupun lelaki muda mungkin terlalu ghairah dengan usia mudanya lagi… emmm xnak setuju boleh x? ??  umur bukanlah membawa makna apa2 jika awak amalkan suruhan Allah dan Rasullulah. Jadi nak share untuk bakal2 para suami kat luar sana, tentang keromantikan Rasullulah S.A.W:

1)Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” 
2)Layanan Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim.

3) Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

4)Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.

5)Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

6)Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” 

7)Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. 

8) Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.

9)Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang
beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim).

10)Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)

11) Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya.

12) Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA.
 P/S:  Kepada semua en. suami atau bakal2 suami saya dan kami semua xdemand, tapi kami nak awak ikut sunah Rasullulah supaya kita gather pahala together bagi bekalan menuju syurganya = )

Friday, 27 January 2012

DaGing GoReng KiCap

Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T =)

Nggggeeeeeeeeeeeeee lama xupdate resepi kan = ) hehehe memandangkan banyak lagi que resepi yang menunggu untk diupdate maklumlerkan sekarang ada kat kudat so hr2 leh masak.. so kena makin rajin la jugakkan update… = ) hari ni nak ajor kengkawan masak daging goreng kicap ler… hehheh simple and nice. Masakkan saya semua simple2 jerk.. senang untuk suri yang bekerjaya. Walau bekerja masih sempat masak untuk suami dan anak2 InsyaAllah = ) barakallah…………..


Bahan-bahanya
Daging lembu dalam setengah kilo
Kunyit dalam 3 sudu
Garam secukup rasa
Bawang putih dalam 5 ulas
Bawang merah kecil 3 biji  
Bawang  besar dipotong bulat sebiji
Kicap dalam 5sudu besar.. agak2 korang jer la ek
Cili merah dan hijau untuk hiasan
Tomato untuk hiasan 
Minyak masak

 Cara membuatnye
Memula baca la bismillah dulu and doa masuk dapur = ) heheheheh
Ambil daging tu gaul dengan garam dgn kunyit
Pastu korang  masukkan dalam kuali sekali dengan air.. kira macam rebus la bha…
Mengikut petua mak la kan… masa rebus tu tarukkan sekali garpu besi dalam tu sepaya daging korang empuk dan lembut . logic x???? logic kot aku pikir kalo ikut fiziknya sebab logam kan dia akan serap haba.. so lagi cepat la daging tu masak .. that’s the reason behind = )
Pastu bila air dah kering korang try la tngk daging dah lembut belum.. kalu belum tambah lagi air ha.. kasi dia lembut.
Pas dah kering air tu.. masukkan la minyak masak dalam 2 sudu
Pastu masukkan bawang putih dan bawang merah kecil yang dipotong halus
Pas agak2 dah naik bau korang masukkan la kicap td and kacau2 dia
Pas masukkan la bawang besar dengan cili sebagai hiasan tadi..
Tadaaaaaaaaaaaa… dah siap.. senang kan = ) kalau awak rajin.. semua pun jadi senang… uhukkkkk = )
Selamat mencuba = )

P/S: huuuuuuuuuuuuuuuu bila dah tertaut haruskah dipendam atau diberitahu ???????????????????? (#.#) zzzzzzzzzzuuuuuuuuuuuuupppppppppppppppppppppppppp 


Adab duduk ketika makan mengikut sunah Rasullulah S.A.W.. harap nnt en. Suami boleh ajar isteri dan anak2 duduk macam ni yer... kalau en. suami xtahu atau xterbaca ni ... xada masalah  pn.isteri pun boleh beritau... Sharing is caring = ) 

Wednesday, 25 January 2012

Matahari PasTi kan MuncUl SeLePas hUjan

Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Alhamdulillah……….. things going well in Kudat.. yup pasti… Allah pasti akan hadirkan matahari selepas hujan = )

“...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." ( Al-Baqarah: 216)

Post yang saja2 dicoret.. untuk mengigatkan diri dan kawan2 (one of my luvely frens and mungkin juga ada rakan2 lain yang juga sedang ditimpa ujian ) supaya jangan mengeluh dan putus asa tika ditimpa ujian.. kerana setiap ujian itu ada rahmatnya… ada sinar mentari yang akan menanti disetiap turunnya hujan dan mungkin Allah akan hadirkan sekali bersama pelangi = ) .... sangat beruntung la korang kan kalo Allah turunkan pelangi sekali.. Alhamdulillah = ) 

Huuuuuuuuuuuuuhhhhhh…. Berat..... being the only unmarried person in the home, being a medical student when one of ur family member was diagnosed with the chronic disease.. yer.. hanya mampu tersenyum dan bertenang menenangkan hati semua orang yang berada dirumah, mengexplained segala keadaan sedangkan dalam hati mmg remuk Allah jer yang tau.But as Usual, nani must act cool = ) dalam keadaan family yang mmg banyak masalah ketika itu… mmg parents sangat risau tntg level of my study performance, Tp Alhamdulillah… Allah pasti akan hadirkan matahari selepas hujan = ) Im survive here… Hanya doa saya kirim moga semua berjalan lancar dan teratur… ternyata dan pasti aturan allah adalah sebaik2 aturan… my family and me in process of adapting with new situation… Moga Allah perkuatkan segalanya.. beri aku dan engkau ketabahan setabah Siti khadijah, sekuat mariam = )

Meski jatuh bangun,jalan menuju sabar dan syukur tetap diteruskan....
Cabaran dan ujian saya mungkin xsama dengan awak…… tapi ujian kita tetap diturunkan olehNYA Allah yang maha esa… Ironinya  “ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."( Al-Baqarah: 286)

Tariklah nafas lega dan penuh kesyukurun…awak masih diperhatikan dan disayangi Allah dengan member awak ujian supaya lebih dekat dan sentiasa merintih padanya = )
"Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." ( Ali Imraan: Ayat 200)
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." (Al-Baqarah: 45)

Awak kena percaya yang ujian Allah ini adalah harta dunia yang harus awak beli untuk tebusnya diakhirat kelak jika awak atasi and terimanya dengan redha, berkhemah, cool. And awesome = ) letakkan dalam hati hanya Allah lah kebergantungan dan semua yang jadi adalah atas kehendak Allah. Tawakal….
"...Cukuplah Allah bagiKu; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal..." ( At-Taubah : 129)

P/S:
-Saya sayang awak dan semua kawan2 saya sepenuh jiwa
-Hanya ni yang mampu saya lakarkan untuk awak.. semoga hati awak sentiasa berada dalam kemanisan rahmat ujian = )
-sory xdapat masuk gambar comel2 sebab UMS wireless xbenarkan... heheheheh unknown reason...okeyh.. patuh jer = b 

Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA.. Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata....
Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH…. Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah….
Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH….Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah….
Tiada sesuatu PERKARA pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia…

Monday, 16 January 2012

MeDical Staff Vs HospitaL Vs FiKrah

Pertama sekali dan selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Ehemm… currently  6 hours at kudat to continue my journey to be muslimah Berjaya ( InsyaAllah ) with internally missing my my dad and my mum so much… (T.T) 
kuatkan hati mu… tabahkan semangatmu… kentalkan jiwa mu… gagahkan langkahmu….menyusur dengan penuh tawaduk, bergaya, awesome and Berjaya  = ) chewaaaaaaaaaaaaahhh…. Hehhehehehehe

Okeyh… bakal memulakan  posting di hospital daerah dan klinik kesihatan selari dengan pengisian yang baru  dapat time cuti hari tu yakni ILMU VS FIKRAH.. so saje nak merapu ilmiah kat sini tntng fikrah as a medical student / doctor/nurses or sewaktu dengan nya sewaktu berada di hospital .. ( fikrah tu maknya nya cara pandang
moga2 cara pandang kita sebagai seorang doctor muslim lain dengan cara pandang kita dengan doctor non muslim. Mohon agar cara pandang kita di hospital dapat membuahkan sedikit amal dan pahala untuk dijadikan bekal di akhirat kelak dan mendapat kasih sayang dan reda Allah untuk ke syurga.. InsyaAllah = )

Okeyh…. Nak share beberapa tips  for medical staff untuk menjadikan belajar atau kerja sebagai fikrah dalam kehidupan :

1)      Okeyh….. sebelum nak g keja atau nak g kelas tu.. niat and ikhlaskan hati dulu okey.. awak kerja hanya untuk Allah dan agamanya.. bukan nak dapat pujian bos, lecturer, mahupun kawan… sure korang takkan rasa down kalo something  was not expected happen l on that day = )

" Dan Allah telah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasiqan dan ketakwaan. Sungguh beruntunglah orang yang mensucikan (jiwa) dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya." (As-syams 8-10)

" Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.  Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang berbuat baik."(al-ankabut 69)

2)      Okeyh…. Sebaik melangkah kaki masuk hospital.. tolong lah sayang- sayangku sekalian.. berilah sedekah.. nak sedekah apa ?? heheheh sedekah paling murak xpayah keluar modal, xpayah penat lelah yakni SENYUM
Dalam islamnye… : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim
Dalam sudut Psychology nyer…: Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah. Ia jugak member effect yang sama kepada orang yang menerima senyuman = )
Sweet kan ? hehehhe
 Jadi pasni tolong jangan masam2 okey masuk hospital walau anda penat, walau anda stress.. = )

3)      Okeyh… banyak pahala boleh kutip okey kepada pekerja2 hospital ni sebab korang hari2 melawat orang sakit.. jooom layan hadis ni dulu :

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

 Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
So fikrahnya disini.. setiap kali korang nak masuk hospital tu, niatkan dalam hati untuk menziarahi mereka dan mendoakan kesembuhan mereka = )
4)      Okeyh…. Ada satu research tu la kan.. dia rankingkan  kata2 yang paling didengari sekarang ni adalah kata2
1.doktor
2.guru
3. ahli agama
Woooowwwwwwwwwww…. Hebat kan korang2 tuan puan doctor mahupun bakal doctor ni ?? soo apa lagi gunakan lah peluang yang ada ni sebaik mungkin…. Kata2 anda mungkin dapat merubah seseorang… ting tong… hehhehe (o.o) so ambil la kesempatan ni untuk treat jiwa atau rohani patient korang.. selalu ingatkan pada mereka tentang Allah.. doctor xda kuasa apa2 penyembuhan pun.. semua tu hanya ada pada Allah.. Allah hanya hadirkan doctor sebagai alat penyembuhan jerk.. jadi kalao nak mintak apa2 mintak kat TUAN PUNYA bukan ALAT TUAN PUNYA…. Who knows maybe u can TOUCH SOME HEART = )
InsyaAllah…

p/S : semangat baru2 berkorbar2 nak masuk hospital dengan fikrah baru = )


Thursday, 12 January 2012

SuKan DaLam IsLam

Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Ngggggggggggggggggeeeeeeeeeeeeeeeee lame kan dah xmerapu2 ilmiah disini.. heheh maklumler sibuk bercuti di tawau.. eceh…. = ) and sepanjang bercuti ni… aku menghabiskan malam dengan berenang.. hikhikhik. Mcm xpcayer kan ? wakakaka aku tau berenang okey…… = b  waktu awal2  cuti ni pun ada jumpa member girl dr sport sains.. teruja okay… 1st time aku jumpa face to face dgn budak sport sains… = ) n sangat kagum.. dengan misi dia… nak bukak satu sport training centre Islamic okey.. yang menekankan sukan memanah, berenang dan berkuda…. So aku pun tekan la pakcik google search tntg info ni.. ni la antara hasil research aku( hikhikhik.. kunon) :

Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”




Okeyh dalam islam mmg tekankan sukan ni tau.. kalo xcaya korang try baca apa skill yang ada kat umat zaman2 dulu untuk menegakkan islam .. cth mcm zaman sultan Muhammad Al- Fatih yang Berjaya menaklok 2/3 dunia. Pergghhh… jooommm la  ibu2,mama2,umi2,akak2,adik2 mahupun kaum lelaki kita mulakan tradisi antar anak g ikut kelas sukan ni rather than hantar anak g kelas muzik or ballet… hikhik.. jooom kita bina mukmin Berjaya = )

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnyadengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:
“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah

Sukan Dari sudut Islam

Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith,:“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang. Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai

Okeyhh… itu antara tips2 bersukan sikit la untuk muslim… bagi muslim2 berjaya (yeahhhhh) jum la kita kemukakan idea kepada budak2 sport sains  untk buat sport centre yang mengasingkan lelaki dan wanita dan kepada pereka2 fesyen diluar sana… anda dah boleh start imagine untuk buat pakaian sukan yang sopan dan menutup aurat untuk kaum wanita  = )


                                   Swimming suit for muslimah... cute n sopan kan ?

                                 Cute kan.. saya bangga jadi muslimah  ??

p/s : jum2..... g masuk kelas berenang, memanah , berkuda.... = ) 

Sunday, 8 January 2012

AyaM KiCap KerinG berBawaNg

Pertama sekali dan selama- lamanya assalamualaikum W.B.T =) 

Nggggggggggggggeeeeeeeeeeeeeeeeeee… mcm kelakar kan nama dia ? hahah ni nama buh sendiri, sebab waktu my mum ajar tu dia xbgtau pun nama masakan ni apa.. n later aku pun xda Tanya dah.. hahhaha main masak jer kan.. hikhik tp mmg best lah kan kalo makan dgn nasik putih panas2 tambah2 dalam” pondok bahagia “  = )
okey.... jum ciap2 attire and bace doa... bismillah..... 

Bahan-bahannya
Ayam dalam setengah ekor dipotong kecil2 mcm nak buat tomyam tu
Kunyit mati
Minyak masak
Bawang putih dalam satu labu ditumbuk
Cili padi (ikut tahap kepedasan awak nak ) pun ditumbuk dgn bawang putih
Kicap (sikit jer.. ikut kehitaman yang awak nak )hehhe
Bawang besar 2 biji  dipotong mayang
Garam secukup rasa
Cili idup satu biji sebagai penaik seri warna 

Cara membuatnya
Gaulkan ayam dengan kunyit mati n garam tadi…
Pastu panaskan minyak buh bnyk sikit sebab korang nak goreng ayam ni sekali gus semua
Pas minyak dah panas, masukkan kesemua ayam dalam minyak td.. then goreng sampai agak2 dia dah masak.. jgn garing sngt nanti dia jd keras.
Then korang keluarkan minyak if banyak lgi la korang Nampak dalam kuali tu.. kalo x korang xpayah keluarkan apa2 just masukkan jer bawang putih dan cili padi yang ditumbuk td.
Pastu kacau2 sampai dia dah garing sikit,kalau nmapk dia kering sngat smp nak hangit and melekat masukkan air sikit jer dalam 1/3 cawan = )
Pastu masukkan bawang besar dan cili yang dipotong td
Pastu masukkan kicap..
Try rasa dah cukup masin and manis ker belum.. kalo belum tambahkan seperti biasa..
Ngeeeeeee.. bile agak2 dah kering , boleh angkat dan dihidanghakn…

Taddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. Ni dia lauk dia :



  P/S:  okey kepada umi2 mahupun bakal umi diluar sana... makanan yang kita masak sebenarnya mencorakkan keluarga yakni suami dan juga anak2.. teng... teng... = b ehhehe so just peringatan untuk hambanya yang lemah ini dan kawan2 diluar.. sepanjang proses memasak tu.. pastikan:
- kebersihan diutamakan
-mulakan semua perkara dengan bismillah dan banyakkan berselawat ketika memasak. 
-satu doa yang boleh diamalkan ketika memasak: “”Rabbi (wahai Tuhanku)! Kurniakanlah kepadaku daripada (keturunan) orang yang salih.” (al-saffat:100)
untuk arabnya.. boleh refer tafsir yer kawan =) 



MOGA MENJADI MUMTAZ, HEALTHY, WEALTHY, LOVELY,STRONG MUSLIM FAMILY... amin... InsyaAllah = ) 

Thursday, 5 January 2012

Al-QuRan

Pertama sekali dan selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Okeyyyy aku  tido pukul 3 setengah pagi semalam….hukkk kenapa ? pelik kann? Bukan aku budak tido awal ker tiap2 malam ? hehehhe true if I don’t have thing to do.. tapi aku bile ada benda yang aku wat.. mmg aku xkan tido la kan selagi xsiap.. xbaik tangguh kerja okey ?? hehehhe  desebabkan cuti dah bermula kan… aku dgn penuh rasa xsabar lagi dari dulu lagi nak start buat2 kraftangan ni… heheheh leh la menambah soft skill dalam diri.. pasni agak2 aku nak benti keja dari doctor muslimah yang Berjaya.. .. aku leh la jadi tailor muslimah yang Berjaya di rumah..hoyehhhh ( berangan!!! Kekekkeke )

So pagi lagi aku dah excited la kan g beli barang sorang2 kat one B dgn CP ( hukkkkk tekad betul g sorang2 sebab kawan aku semua tngh berjuang untk exam lg .. InsyaAllah nani doakan semua dipermudahkan = )) so.. belah malamnyer start la process menjahit aku.. belajar lebih kurang setengah jam then  pas gayut tepon sejam ngan mak aku,  aku pun start la dlm pukul 11 mlm gitu.. not bad okey nani.. tepuk tangan semnagat sikit untk awak = b .... Berjaya finish two craft in 4 hours . hehehhe

Nak tau apa aku buat ??? hehehhehe
1)      Tempat letak pen untk cikgu yang ngajo aku jait a.k.a kaki ma.. hahha ni without planning okey.. asalnya nak test jait jerk at kain tu.. end up with aku nmpk cantik la pulak.. ehhehe then trus continue pikir kain sekecik tu bleh jadikan function apa.. hahah last2 aku ckp ke dia wat leatk pen eh kaki ma.. hahahhaha = b
2)      Aku buat beg casing Al-Quran Tafsir aku..  (^.^) hahhaha makin berkobar2 harapnyer pasni baca Al-Quran yer nani… InsyaAllah… = )






Jooommm  nak share sikit pasal Al-Quran :

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

PAHALA MEMBACA AL-QURAN



Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.


KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa
Firman Allah S.W.T:
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil. (Surah Al-Muzammmil: 4)

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)

Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia

**** Info
1. Pembacaan Bismillah diambilkira sebagai ayat dalam surah AL-FAATIHAH. 

2. Surah At-Taubah pada asalnya tidak dimulakan dengan Bismillah. 

3. Jumlah Surah ialah 114 

5. Jumlah Surah Makkiyyah ialah 86

6. Jumlah Surah Madaniyyah ialah 28

7. Jumlah ayat ialah 6239

p/S : Ya Allah jadikan lah Hambamu ini kecendrungan dalam setiap perkara kebaikan yang menjadi amalan untuk titian hamba di akhirat kelak.. amin.....