Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Ngggggggggggggggggeeeeeeeeeeeeeeeee lame kan dah xmerapu2 ilmiah disini.. heheh maklumler sibuk bercuti di tawau.. eceh…. = ) and sepanjang bercuti ni… aku menghabiskan malam dengan berenang.. hikhikhik. Mcm xpcayer kan ? wakakaka aku tau berenang okey…… = b waktu awal2 cuti ni pun ada jumpa member girl dr sport sains.. teruja okay… 1st time aku jumpa face to face dgn budak sport sains… = ) n sangat kagum.. dengan misi dia… nak bukak satu sport training centre Islamic okey.. yang menekankan sukan memanah, berenang dan berkuda…. So aku pun tekan la pakcik google search tntg info ni.. ni la antara hasil research aku( hikhikhik.. kunon) :
Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”
Okeyh dalam islam mmg tekankan sukan ni tau.. kalo xcaya korang try baca apa skill yang ada kat umat zaman2 dulu untuk menegakkan islam .. cth mcm zaman sultan Muhammad Al- Fatih yang Berjaya menaklok 2/3 dunia. Pergghhh… jooommm la ibu2,mama2,umi2,akak2,adik2 mahupun kaum lelaki kita mulakan tradisi antar anak g ikut kelas sukan ni rather than hantar anak g kelas muzik or ballet… hikhik.. jooom kita bina mukmin Berjaya = )
Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnyadengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:
“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah
Sukan Dari sudut Islam
Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith,:“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)
Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang. Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).”
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai
Okeyhh… itu antara tips2 bersukan sikit la untuk muslim… bagi muslim2 berjaya (yeahhhhh) jum la kita kemukakan idea kepada budak2 sport sains untk buat sport centre yang mengasingkan lelaki dan wanita dan kepada pereka2 fesyen diluar sana… anda dah boleh start imagine untuk buat pakaian sukan yang sopan dan menutup aurat untuk kaum wanita = )
Swimming suit for muslimah... cute n sopan kan ?
Cute kan.. saya bangga jadi muslimah ??
p/s : jum2..... g masuk kelas berenang, memanah , berkuda.... = )
No comments:
Post a Comment