Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Thursday, 5 January 2012

Al-QuRan

Pertama sekali dan selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Okeyyyy aku  tido pukul 3 setengah pagi semalam….hukkk kenapa ? pelik kann? Bukan aku budak tido awal ker tiap2 malam ? hehehhe true if I don’t have thing to do.. tapi aku bile ada benda yang aku wat.. mmg aku xkan tido la kan selagi xsiap.. xbaik tangguh kerja okey ?? hehehhe  desebabkan cuti dah bermula kan… aku dgn penuh rasa xsabar lagi dari dulu lagi nak start buat2 kraftangan ni… heheheh leh la menambah soft skill dalam diri.. pasni agak2 aku nak benti keja dari doctor muslimah yang Berjaya.. .. aku leh la jadi tailor muslimah yang Berjaya di rumah..hoyehhhh ( berangan!!! Kekekkeke )

So pagi lagi aku dah excited la kan g beli barang sorang2 kat one B dgn CP ( hukkkkk tekad betul g sorang2 sebab kawan aku semua tngh berjuang untk exam lg .. InsyaAllah nani doakan semua dipermudahkan = )) so.. belah malamnyer start la process menjahit aku.. belajar lebih kurang setengah jam then  pas gayut tepon sejam ngan mak aku,  aku pun start la dlm pukul 11 mlm gitu.. not bad okey nani.. tepuk tangan semnagat sikit untk awak = b .... Berjaya finish two craft in 4 hours . hehehhe

Nak tau apa aku buat ??? hehehhehe
1)      Tempat letak pen untk cikgu yang ngajo aku jait a.k.a kaki ma.. hahha ni without planning okey.. asalnya nak test jait jerk at kain tu.. end up with aku nmpk cantik la pulak.. ehhehe then trus continue pikir kain sekecik tu bleh jadikan function apa.. hahah last2 aku ckp ke dia wat leatk pen eh kaki ma.. hahahhaha = b
2)      Aku buat beg casing Al-Quran Tafsir aku..  (^.^) hahhaha makin berkobar2 harapnyer pasni baca Al-Quran yer nani… InsyaAllah… = )






Jooommm  nak share sikit pasal Al-Quran :

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

PAHALA MEMBACA AL-QURAN



Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.


KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa
Firman Allah S.W.T:
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil. (Surah Al-Muzammmil: 4)

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman:
Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
(Surah Al-Israi’: 9)

Firman Allah S.W.T. lagi:
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:
hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia

**** Info
1. Pembacaan Bismillah diambilkira sebagai ayat dalam surah AL-FAATIHAH. 

2. Surah At-Taubah pada asalnya tidak dimulakan dengan Bismillah. 

3. Jumlah Surah ialah 114 

5. Jumlah Surah Makkiyyah ialah 86

6. Jumlah Surah Madaniyyah ialah 28

7. Jumlah ayat ialah 6239

p/S : Ya Allah jadikan lah Hambamu ini kecendrungan dalam setiap perkara kebaikan yang menjadi amalan untuk titian hamba di akhirat kelak.. amin..... 

No comments:

Post a Comment