Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Tuesday, 27 December 2011

KehiDupan di SeBalik PeNcil

Pertama sekali dan selama-lamanya assalamualaikum W.B.T = )




Emmmm okay… dalam mood exam.. sempat lagi nak share kan… heheh yup ilmu perlu dishare xkira dimana, bila, bagaimana…..  sesungguhnya setiap yang kita lihat ada isi disebalik yang harus dipikir, direnung, dan dimengerti…. ececeh... heheh = b 
Korang pernah guna pensil x? for sure pernah la kan….. so main point disini nak citer pasal bagaimana pengajaran hidup yang kite leh kutip dari pecil..  lets think :

     1)  emmm….. korang semua pernah alami experience menulis kan ?tulis gune pencil? Pernah kan?? Ada yang hasilkan tulisan yang cantik.. ada juga yang hasilkan tulisan yang buruk kan ( mcm aku.. hehheh ) so disebalik pencil tu menari2 dan berputar.. ada kuasa yang membuat nyer berputar2 dan menari2.. iaitu awak lah yang mencorakkan pensil tu… sama ada cantik atau buruk tulisan tu.. bila awak yang tulis, awak tetap akan faham = )


***Its back to our life.. disebalik awak menyusuri Hari2 dimuka bumi allah ini…. Ada kuasa yang menggerakkan anda, mengerakkan hati anda, mengggerakkan minda anda dan menggerakkan perlakuan anda.. dia ya Allah pencipta mu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi mu. Yakin lah.. sama ada buruk atau baik hari itu… Allah yang menentukan = )

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


2)  bile pencil dah lame2 korang gune mesti tumpul kan.. kena asah kalau tak tulisan dah xclear atau makin buruk… nak asah guna sharpener atau pisau kan ? siannyer pensil!! mesti dia sakit kan, terluke kot body dia..... tapi u ol gagahkan jugak asah kan sampai tajam.. hasilnya.. pencil dah tajam, so leh tls dgn clean and clear = )

***its back to our life dalam kita menyusuri hari2 di muka bumu Allah ini.. pasti ada suatu saat yang diri ini terasa lemah, terasa jatuh kebawah, terasa tidak terdaya untuk menapak lagi.. tapi ingatlah yang keperitan itulah yang sebenarnya memberi  kemanisan diakhirnya  = )

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamuagar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.(47:31)


3)okey one benefit pensil outcome pen is that korang leh erase kan kalo tersalah….. kalau silap erase je la kan.. banyak kot jenis pemadam yang ada.. then hilang ler kotoran tu walau ada meninggalkan noda2 skit.. hehhe  = )

***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2 dimuka bumi Allah ini.. pasti ada salah dan khilaf A.K.A contengan2 buruk pada amal2 kita seharian. Ayuh… cepat2 cari eraser… carilah kembali penciptamu.. mohonlah ampun seampun- ampunnya… mohonlah dihilangkan kotoron itu secepat mungkin dari hatimu = )

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 (As-Zumar: 53)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
 (At-Tahrim: 8)






4)    kalau korang nak beli pesil la kan.. apa criteria yang korang pilih eh ? yang cantil luar dia ker.. dihiasi cartoon ker.. atau yang carbon dia berkualiti and bombastic ? hehhehe its depend on orang la kan.. tapi kalau nak ikutkan function pencil tu menulis kan.. so back to function dia of coz la carbon lagi penting kan.. baru tulisan clean and clear.. = )


***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2  dimuka Bumi Allah ini… manakah yang lebih penting samada penampilan luran andakah atau luaran? Sesungguhnya luaran itu mungkin bagi mengaburkan hati2 yang memandang kerana sesungguhnya dalaman atau hatilah  yang menentukan corak luaran seseorang individu itu = )

Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka beRtambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya. (Surah Al-Anfal.Ayat:2)


5) emmm walaupun pensil tu boleh padam kan… tapi coretan dia mesti tetap terpahat kan.. mesti still ada bekas sikit2 kalau korang sental sekuat manapun.. kalau pakai pemadam yang paling mahal and tulisan tu totally disappear tapi at least buku tu mesti mcm berkedut2 sikit kan bekas kena padam .. jadi berhati2 lah and pikir habis2 dulu sebelum tulis eh = )

***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2 dimuka Bumi Allah ini…. Bejalanlah dengan penuh tawaduk A.K.A berhati2.. berhati2 lah dalam setiap tindakan yang dilakukan… rasailah yang anda diperhatikan… mohonlah agar tiada calar dan Allah sentiasa membimbing memegang tanganmu di sepanjang perjalananmu di Buminya  ini = )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya dunia ini umpama taman hijau yang indah. Penuh dengan nikmat dan keindahan dan Allah menciptakannya untuk kamu. Oleh itu pastikan segala nikmat ini digunakan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai’)

" Katakan: Kesenangan dunia itu hanya sedikit (sabentar) dan Akhirat lebih baik untuk orang yang bertaqwa (mematuhi perintah Tuhan) [An Nisa':77)

p/s: okey... back to exam mood... mohon doa dari rakan sekalian... semoga hambamu ini ya Allah da Sahabat dapat berjuang sehabis baik... lancarkanlah tutur kataku ya Allah... agar islam tidak sentiasa dibelakang Ya Allah di medan Ilmu ini .

Sunday, 25 December 2011

Anak, Isteri, Suami

Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )

Okeeeyyyy… mood rendu nak balik rumah… huhuhuhu (T.T) namun perjalanan and kehidupan tetap perlu diteruskan.. berdirilah dengan gagahnya, duduklah dengan penuh rasa syukur, berjalan menyusurilah walaupun penat dan lelah.. ececehhhhh = b …. 
Disamping mood touching2 tengah ingat mak ayah… ni nak share sikit pasal hadis Rasullulah S.A.W :

Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya.

Okey… hadis ni untuk orang yang dah bersuami dan beristeri…  so nak divide dua la hari ni kan…

****Ayat al-quran yang pertama  untuk para2 wanita yang masih belum berkahwin dan juga para2 lelaki yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin ….  Orang yang paling berhak untuk awk sekarang ni Emak Ayah awak okey…. One more time .. EMAK AYAH awak okay…. So no turning point atau alasan awak nak melawan, berdusta mahupun xmenghormati.. bukan  saya  yang suruh ni okey… tp Allah yang kata and suruh .. xcaya ??? lets look it

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[ al is raa : 850]


Sudah terang lagi bersuluh = ) rasanya semua orang pun sayang mak ayah dia kan… semua orang pun hari2 rindu mak ayah dia kan.. semua orang pun xtenteram kalo mak ayah dia xsehat kan… cumenyer apa yang lebih insan lemah ni nak tekan and sampaikan kat sini adalah tahap hormat kita atau kesabaran kita terhadap kedua ibu bapa disaat iman diuji mahupun disaat hati tengah terlalu berseronok dengan benda lain....masihkah ibu bapa dihormati atau didahulukan???

Okeyy contoh situation :

Eg 1st : awak tengah buzy dengan study awak… kadang kurang masa untuk kol mak tanya kabar.. kalo kol pun sekejap and xda felling apa2…  ada rasa nak ignore phone x?

Eg 2nd : awak tengah berserabut dengan macam2 masalah and mak pulak push awak dengan masalah lain dan membebel xhabis2.. ada rasa nak tinggi suara x?

Eg 3rd : awak baru ada boyfriend bha… boy awak kol hari2 kot.. sehari 5-6 kali kol. Awak dah xpenah kol mak awak pun skrg… sampai mak awak yang rindu awak and kol awak .. ada rasa mak dah xpenting untk dishare cerita tak sebab awak dah ada orang lain yang kononya sanggup kongsi suka duka dgn awak ?

Eg 4th:: awak punya umur dah masuk 22 tahun.. okay dah besar.. dah tau jaga diri.. dah tau nak buat decision sendiri.. kononnya dah tau sangat selok belok kehidupan .. ada rasa mak tu mengongkong hidup awak x?

Eg 5th:awak sekarang dah keja bagus, gaji dah besar, keta dah besar and badan pun makin membesar…heheh and pikir xpelah mak ayah faham awak bz no time for them… ada rasa malas nak balik kampong dah x ?

Saudara, saudari, Akak2, abang2, adik2, serta diri yang lemah ini .. apabila ada rasa seperti ini… kembalilah… bukalah kalamuAllah.. hayati satu persatu ayatnya… satu persatu kalimahnya, ingat kembalik ayah dan ibu semasa kita dilahirkan sehingga sekrang... ( T.T)

To my mum and dad love u so much.. ur love never end.... huuuuwaaaaaa lagi touching (T.T) .. buat ayah... cepat2 sembuh.. be strong alwayz as u alwayz make me strong whenever im fragile...im alwayz pray for u = ) ..... anakmu disini baik2 saja...... dibawah selimut cintamu YaAllah


****Ayat al-quran yang seterusnya untuk saudari2 yang telah bergelar isteri.. yang lebih besar haknya terhadap anda adalah suami anda =)

Buat Isteri

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Jika aku boleh menyuruh manusia bersujud kepada manusia, tentu aku akan menyuruh perempuan bersujud kepada suaminya.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad)

Tidak patut manusia bersujud kepada manusia, andai manusia boleh bersujud kepada manusia, maka aku perintahkan kepada wanita bersujud di depan suaminya, mengingat besarnya hak suami atas istri. Demi dzat yang jiwa ragaku berada dalam genggaman tangan-Nya, andaikata sekujur tubuh suami, dari kepala sampai kaki penuh dengan luka yang berdarah dan bernanah, lalu sang istri menjilatinya, dia belum dapat melunasi haknya.” (HR. Ahmad)

 “Tidak halal bagi seorang istri berpuasa sementara suaminya berada di rumah kecuali dengan izinnya, dan istri tidak boleh mempersilahkan seseorang masuk rumah kecuali dengan persetujuan suami.” (HR. Muttafaq’Alaih)

“Dari ‘Aisyah bahwa Hindun binti ‘Utbah pernah bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya Abu Sofyan adalah orang yang kikir. Ia tidak mau memberi nafkah kepadaku dan anakku, sehingga aku mesti mengambil daripadanya tanpa sepengetahuannya.” Maka Rasulullah bersabda: “Ambillah apa yang mencukupi bagimu dan anakmu dengan cara yang baik.” (HR. Bukhari, Muslim)

Hak suami atas isteri ialah tidak menjauhi tempat tidur suami dan memperlakukannya dengan benar dan jujur, mentaati perintahnya dan tidak ke luar (meninggalkan) rumah kecuali dengan ijin suaminya, tidak memasukkan ke rumahnya orang-orang yang tidak disukai suaminya. (HR. Ath-Thabrani)

 Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya : wanita yang bagaimanakah yang paling baik ? maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : yang menyenangkannya (suaminya) jika ia memandangnya, taat kepadanya jika dia memerintahkan, dan dia tidak menyelisihinya dalam dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibencinya.



Buat Suami

Dari Mu’awiyah al-Qusyairi, ia berkata: “Saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah hak seorang istri dari kami kepada suaminya? Sabdanya: Engkau memberi makan kepadanya apa yang engkau makan. Engkau memberinya pakaian sebagaimana engkau berpakaian. Janganlah engkau memukul mukanya. Janganlah engkau menjelekkannya, kecuali masih dalam satu rumah. (HR. Abu Dawud)

 “Berbuat baiklah terhadap istri kalian, karena wanita tercipta dari tulang rusuk. Sesungguhnya bagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bagian atasnya. Jika engkau hendak meluruskannya, maka akan mematahkannya, dan jika engkau biarkan, maka ia tetap bengkok. Untuk itulah, berbuat-baiklah kalian kepada istri-istri.” (HR. Muttafaq’Alaih)

Tempatkanlah mereka (para istri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka; dan jika mereka (istri-istri yang sudah ditalak) itu perempuan-perempuan yang sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka bersalin. (QS. Ath-Thalaq: 6)

Dikatakan kepada Aisyah, “Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam rumah?” Dia menjawab, “Beliau membantu pekerjaan istrinya, dan ketika mendengar adzan, beliau langsung keluar.” (HR. Al-Bukhari)

“Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Mahatinggi, Mahabesar.” (QS. An-Nisaa’:34)

Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah di dalam urusan perempuan. Karena sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan kalimat Allah. Kamu telah menghalalkan kemaluan (kehormatan) mereka dengan kalimat Allah. Wajib bagi mereka (istri-istri) untuk tidak memasukkan ke dalam rumahmu orang yang tidak kamu sukai. jika mereka melanggar yang tersebut pukullah mereka, tetapi jangan sampai melukai. Mereka berhak mendapatkan belanja dari kamu dan pakaian dengan cara yang ma’ruf.” (HR. Muslim)

 Emmmm komennye disini,, emm bila dah kahwin kena menghormati suami kan?? Jadi hanya ingin memberi pandangan peribadi mungkin ada yang bersetuju dan mugkin juga da yang tidak bersetuju… pandangan nyer berbunyi… hehehhee pilihlah suami yang menyejukkan hati anda, yang menenagkan anda, yang less provokasi , terimalah dia seadanya sedari diawal langkah diambil untk bernikah… kerana jika hati merelakan dan sejuk dari awal lagi… InsyaAllah.. di alam rumah tangga nnt  dia sentiasa menyejukkan hati2 anda….. bila less dosa awak buat dkt suami so chances untk masuk syurga tu lebih tinggi. InsyaAllah = )


P/S : Ya Allah.. jadikanlah Hambamu ini anak yang Solehah.. yang sentiasa bersama kedua ibu bapanya ketika susah mahupun senang dan jadikanlah hambamu ini isteri yang cerdik dan  solehah penenang hati buat suaminya Ya Allah.. amin = ) 

Saturday, 24 December 2011

SenYuM

Pertama Sekali dan Selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = ) 

Okeeyyyy…. Just like this word and this act = )
aku ????  xpunye senyum menarik, xpandai jugak senyum, n xselalu jugak senyum tapi …. Lately I have change….. mugkin sebab dikelilingi orang yang suka tersenyum and dah meresap nadi2 senyuman dalam diri tu smpai bangun2 tido jer aku terus senyum sorang2 okey.. g toilet tngk cermin pun senyum okey.. jalan dpn koridor dkt aras pun senyum ok…. To my  super duper budies at UMS saya x loss contact with reality okey… Cume nak sematkan habit senyum dalam diri… and tambahkan manis dalam senyuman bak kata FAAF = ) hehehhe
okey .. nak kongsi sikit pasal   “ SENYUM”





Senyum Dari sudut  Islam

Ada beberapa hadis nabi tentang senyum ni.. antaranya  :

Rasulullah saw.  bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.

** lepas ni xda alasan untuk tidak bersedak lagi eh.. sebab korang mmg xpayah gune apa2 duit mahupun harta untuk sedekah yang ni okay.. just sedikit effort untuk menggunakan musle obicularis oris?? Ehhh betul ker muscle ni?? Okeyyy aku lupe.. hikssss = )


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim

“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi

Dan sedikit hukum senyum-menyeyum dalam islam :
Sunat senyum : Bila senyum kat kawan-kawan sesama jantina
Wajib senyum : Bila senyum kepada ibu bapa..
Makruh senyum : senyum sorang-sorang (ahaha.. berangan kah?kantoi!)
Haram senyum : Senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina
Harus senyum : Senyum kat orang atas pertolongan yang telah diberikan, in this case tak kesah laki                             atau perempuan..


Senyum dari sudut kesihatan

- Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
- Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
-Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
-Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa  
-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
-  Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
- Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

Senyum dari sudut psychology
- Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
-Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian  hadian  Dan, lebih menarik dari lipstik dan bedak yang menempel di wajah seorang  wanita
-senyum dapat mempengaruhi orang-orang ke arah yang lebih baik. Dengan senyum, sesuatu yang sulit akan terasa lebih ringan
-senyum juga memiliki impak positif bagi si pennyenyum . Disebutkan, dengan senyum dapat mengurangkan  stres, meningkatkan kekebalan diri , memicu perasaan optimis, dan dapat meningkatkan hubungan baik dengan orang lain.
-Senyum membuat korang lebih menarik . Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum
- Senyum mengubah mood korang.  Ketika korang rasa  jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin  mood korang akan berubah menjadi lebih baik.
-Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.time  seseorang tersenyum maka senyum  tersebut akan berjangkit ke orang lain .

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati, Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

P/S : hhhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu xsabar nak menghantar and menyambut        kepulangan pemilik cinta selepas Allah and Rasullulah daripada rumah  dengan senyuman… hikssssssss (*.*)  

 Okeyh... kpd ladiez outside, akak2, ibu2, mahupun bakal pengatin, mahupun yang belum ada hasrat nak jadi pengantin lagi.. make sure u olzz bergaya n cantik2 okey duduk dalam rumah nnt didepan ur hubby ....jgn diluar rumah jer bergaya...jadikan rumah itu bati jannati = syurga dunia titian untuk ke syurga akhirat  disana yang kekal abadi.. InsyaAllah = )

Friday, 23 December 2011

HaDiah IsTeMewA

Pertama sekali dan Selama-Lamanya assalamualaikum W.B.T = )

                                       Sambutlah tanganku yang ingin memberi hadiah padamu = b 

Korang pernah dapat hadiah ape ekh yang paling istemewa ? heheheh aku?? Banyak kot… piece in my heart semua pun istemewa even gule2 sepocen( berguna kot.. kalo ngantok lam kelas leh mkn ) hehehheeh n nak bgtau yang lately ni aku asyik diberi hadiah jer…..  hadiah dari Allah tu ofcoz la kan hari2 dpt… (jgn kufur nikmat.. ucapkan Alhamdulillah = ) ) ni hadiah dari kenkawan pun slalu dpt  latetly ni.. hikhikhik (o.O)

Okehhhhhhh back to topic.. hadiah istemewa yang aku maksudkan kat atas adalah Nasihat, ajaran, tunjuk ajar, bimbingian … kalao simplify ni we can call it as “ KASIH SAYANG” .. why ??? becoz awk tegur dia sbb awak sayang dia, awak bombing dia sebab awk nak dia sama2 dgn awak,awk bagi dia tnjuk ajar sbb awak xnak dia sesat… bukankak kasih sayang namanya itu ?? =)

Okehhhh jd hari ni nak citer pasal amal makruf nahi mungkar.. apa itu ? mcm mana nak buat ? mcm mana nak menerima ?? ngeh2….

Kita simplify kan..**  amal makruf nahi mungkar tu maksudnya mencegah kemungkaran dan menyeru kearah kebaikan .. keja khalifah tu… xnak jadi khalifah ke korang… nak ??? haaa jum la kita buat sesame … meh nak bagi dalil skit = )


1) Dan Hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat ) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung. (3:104)

        2)Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik ynag dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh ( berbuat ) yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah . Sekiranya ahli kitab beriman , tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman , namun kebanyakkan mereka adalah orang-orang fasik .(3:110)


     3) Rasululullah dengan tegas memperingatkan: "Hendaklah kamu menjalankan amar ma'ruf dan nahi munkar, atau Allah akan memberikan kekuasaan atasmu kepada orang-orang jahat diantara kamu, dan   kemudian orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, lalu tidak dikabulkan doa mereka itu." (HR. al-Bazzar dan at-Thabrani

     Okeh clear kan pas baca dalil2 kat atas pasal amal makruf nahi mungkar ni ? bkn aku sesaja suruh,  Allah yang suruh okey….. = )  and according to mak murabbi aku.. kalau nak suruh orang wat baik kena cantas yang xbaik dia dulu.. mcm perumpamaan la kan… kalau kita nak tanam pokok pisang kat tengah2 lalang yang idup segar bugar … opkos lah xhidup segar bugar kan pokok pisang tu sbb lalang kacau and silap2 xhidup langsung… nauzubillah… so cantas lalang dulu sebelum tanam pokok pisang : buang yang jahat dulu sebelum pupuk yang baik = )

       Kepada penegur :

So next, kita pergi ke macam mana perlaksanaan dia tu….. ni part yang paling susah kot nak menegur orang.. tapi xper.. aku ajar korang guna psychological approach berdasarkan hadis nabi ….
Tapi 1st kena tahu hadis  ni dulu la kan…



Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).


Dan yang paling penting adalah… beradab dan juga sopan dalam menegur mcm hadis ni lagi :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”(an nahl:125 )

Terbukti kan.. aku xcakap, Allah yang bagitau…. Seru orang dgn baik tapi bantahlah mereka dengan lbh baik… = )

Mcm mana cara nak tegur and bantah :

a) Dengan tangan :  bkn lah bermakna korang g pukul ornag buat jahat tu… hehhehe maksudnya kalau org gaduh tu korang pi la tolong leraikan…. Kalau Nampak adik korang dah pandai nak mencuri leh pukul manje peha dia kot… hehhehe n yang lebih kreatif and kritis leh tulis note anynymous untuk kawan korang okey… note yang sweet, cantik, berbunga2 untuk tegur kawan korang… sweet kan = )

b)Dengan lisan : maksudnya sound (eh nmpk xsopan kan ayat sound ni.. heheh )  atau tegur secara perkataa.. ada dua cara pada aku la.. sama ada korang nak panggil dia individuali menegur atau korang nak perli2 randomly tegur depan orang, InsyaAllah kalau dia salah dia akan terasa teguran itu untuk dia… okeh cth cara teguran yang korang leh bagi kan… cth tegur dpn2 ni mcm :

*kalao student medic lah kan kiter bnyk kena kaunseling beb dari specialist so korang manipulate kan benda tu untuk tegur kawan2 korang yang dengar kaunselling tu td jugak …

*Kalo kawan2 yang suke berlagha2 gelak tidak kena tempat and masa and pitching suara maybe leh nyanyi lagi nasyid sekujur tubuh by rabbani dpn dorang kot. Hehehhe

*Kalau kawan yang suke ngomen kwn lain lak maybe kita boleh ajak dia nyembang pasal  luqman nul hakim kot time dia nak bukak citer mengomen tu.. hehehhe

*Kalau xpun korang leh tegur dia ngan puji2 dia berabis hari tu dulu eg: baju awak cantik hr ni, muke awak berseri, n bagi dia coklat skit… then baru tegur. Hehhehe

c)Dengan hati : ni tahap bila mana korang dah xda jalan untuk menegur dah  la kan..  hendaklah membenci di dalam hati di samping memutuskan hubungan dengan kemungkaran dan para pelakunya melalui tindakan-tindakan seperti berikut: tidak duduk bersama mereka ketika mereka melakukan kezaliman/kemungkaran/kemaksiatan , tidak makan minum bersama mereka, tidak melayani kehendak mereka, tidak menyediakan sebarang kemudahan yang dapat membantu atau mendorong mereka melakukan kemungkaran dan sebagainya.   

Jadi kepada si penegur… awak dah laksanakan tugas awak….. jgn sedih, jgn risau, jgn harapkan imbalan mahupun orang yang awak tegur berubah dalam masa seminit.. kerana sesungguhnya………

Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (Al-Qasas:56)

keada yang menerima teguran:

Awak rilex la… jagan touching2.. hehehheehe patut rasa bertuah kot bile ditegur maknanya awak disyangi…

1)     Anggaplah Allah yang menegur awak tapi dengan cara dia menurunkan kawan2 awak untk jadi penegur tu..  = )
2)     Best kot awak dapat belajar benda baru.. nnt awak leh gune ni untuk ajar atau tegur kawan- kawan awak yang lain tau
3)     Awk mst mesti kena  rasa HIGH la kan.. sbb selama ni ada orang memerhatikan awak selain Allah yang memerhati awk 24 jam sehari.. xsangka kawan awak pun memerhatikan awak tu sebab dia Nampak mistake awak n tegur
4)     Kena bersyukur kot.. Alhamdulillah xjauh aku tersimpang = )

p/s : masih banyak salah saya yang perlu ditegur… silakanlah…  = )
       ayuuuhhhhh…. Kita mulakan tradisi tegur menegur hingga jadi kebiasaan = ) 




Waiting for Sweet advice  and remind card from my pemilik cinta selepas Allah n Rasullulah....wink..wink...
                                                               ( *.*)