Saudariku.......
Ambillah waktu untuk Berfikir, itu adalah sumber Kekuatan.
Ambillah Waktu untuk Berdoa, itu adalah sumber Ketenangan.
Ambillah Waktu untuk Belajar, itu adalah sumber Kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk Berehat itu adalah sumber Kesegaran.
Ambillah Waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan tuhan .
Ambillah Waktu untuk Beramal, itu adalah Kunci Menuju Syurga.

Tuesday, 27 December 2011

KehiDupan di SeBalik PeNcil

Pertama sekali dan selama-lamanya assalamualaikum W.B.T = )




Emmmm okay… dalam mood exam.. sempat lagi nak share kan… heheh yup ilmu perlu dishare xkira dimana, bila, bagaimana…..  sesungguhnya setiap yang kita lihat ada isi disebalik yang harus dipikir, direnung, dan dimengerti…. ececeh... heheh = b 
Korang pernah guna pensil x? for sure pernah la kan….. so main point disini nak citer pasal bagaimana pengajaran hidup yang kite leh kutip dari pecil..  lets think :

     1)  emmm….. korang semua pernah alami experience menulis kan ?tulis gune pencil? Pernah kan?? Ada yang hasilkan tulisan yang cantik.. ada juga yang hasilkan tulisan yang buruk kan ( mcm aku.. hehheh ) so disebalik pencil tu menari2 dan berputar.. ada kuasa yang membuat nyer berputar2 dan menari2.. iaitu awak lah yang mencorakkan pensil tu… sama ada cantik atau buruk tulisan tu.. bila awak yang tulis, awak tetap akan faham = )


***Its back to our life.. disebalik awak menyusuri Hari2 dimuka bumi allah ini…. Ada kuasa yang menggerakkan anda, mengerakkan hati anda, mengggerakkan minda anda dan menggerakkan perlakuan anda.. dia ya Allah pencipta mu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi mu. Yakin lah.. sama ada buruk atau baik hari itu… Allah yang menentukan = )

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


2)  bile pencil dah lame2 korang gune mesti tumpul kan.. kena asah kalau tak tulisan dah xclear atau makin buruk… nak asah guna sharpener atau pisau kan ? siannyer pensil!! mesti dia sakit kan, terluke kot body dia..... tapi u ol gagahkan jugak asah kan sampai tajam.. hasilnya.. pencil dah tajam, so leh tls dgn clean and clear = )

***its back to our life dalam kita menyusuri hari2 di muka bumu Allah ini.. pasti ada suatu saat yang diri ini terasa lemah, terasa jatuh kebawah, terasa tidak terdaya untuk menapak lagi.. tapi ingatlah yang keperitan itulah yang sebenarnya memberi  kemanisan diakhirnya  = )

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamuagar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.(47:31)


3)okey one benefit pensil outcome pen is that korang leh erase kan kalo tersalah….. kalau silap erase je la kan.. banyak kot jenis pemadam yang ada.. then hilang ler kotoran tu walau ada meninggalkan noda2 skit.. hehhe  = )

***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2 dimuka bumi Allah ini.. pasti ada salah dan khilaf A.K.A contengan2 buruk pada amal2 kita seharian. Ayuh… cepat2 cari eraser… carilah kembali penciptamu.. mohonlah ampun seampun- ampunnya… mohonlah dihilangkan kotoron itu secepat mungkin dari hatimu = )

“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 (As-Zumar: 53)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
 (At-Tahrim: 8)






4)    kalau korang nak beli pesil la kan.. apa criteria yang korang pilih eh ? yang cantil luar dia ker.. dihiasi cartoon ker.. atau yang carbon dia berkualiti and bombastic ? hehhehe its depend on orang la kan.. tapi kalau nak ikutkan function pencil tu menulis kan.. so back to function dia of coz la carbon lagi penting kan.. baru tulisan clean and clear.. = )


***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2  dimuka Bumi Allah ini… manakah yang lebih penting samada penampilan luran andakah atau luaran? Sesungguhnya luaran itu mungkin bagi mengaburkan hati2 yang memandang kerana sesungguhnya dalaman atau hatilah  yang menentukan corak luaran seseorang individu itu = )

Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka beRtambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya. (Surah Al-Anfal.Ayat:2)


5) emmm walaupun pensil tu boleh padam kan… tapi coretan dia mesti tetap terpahat kan.. mesti still ada bekas sikit2 kalau korang sental sekuat manapun.. kalau pakai pemadam yang paling mahal and tulisan tu totally disappear tapi at least buku tu mesti mcm berkedut2 sikit kan bekas kena padam .. jadi berhati2 lah and pikir habis2 dulu sebelum tulis eh = )

***Its back to our life dalam kita menyusuri hari2 dimuka Bumi Allah ini…. Bejalanlah dengan penuh tawaduk A.K.A berhati2.. berhati2 lah dalam setiap tindakan yang dilakukan… rasailah yang anda diperhatikan… mohonlah agar tiada calar dan Allah sentiasa membimbing memegang tanganmu di sepanjang perjalananmu di Buminya  ini = )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya dunia ini umpama taman hijau yang indah. Penuh dengan nikmat dan keindahan dan Allah menciptakannya untuk kamu. Oleh itu pastikan segala nikmat ini digunakan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai’)

" Katakan: Kesenangan dunia itu hanya sedikit (sabentar) dan Akhirat lebih baik untuk orang yang bertaqwa (mematuhi perintah Tuhan) [An Nisa':77)

p/s: okey... back to exam mood... mohon doa dari rakan sekalian... semoga hambamu ini ya Allah da Sahabat dapat berjuang sehabis baik... lancarkanlah tutur kataku ya Allah... agar islam tidak sentiasa dibelakang Ya Allah di medan Ilmu ini .

No comments:

Post a Comment