Pertama Sekali dan Selama- lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Okeeyyyy…. Just like this word and this act = )
aku ???? xpunye senyum menarik, xpandai jugak senyum, n xselalu jugak senyum tapi …. Lately I have change….. mugkin sebab dikelilingi orang yang suka tersenyum and dah meresap nadi2 senyuman dalam diri tu smpai bangun2 tido jer aku terus senyum sorang2 okey.. g toilet tngk cermin pun senyum okey.. jalan dpn koridor dkt aras pun senyum ok…. To my super duper budies at UMS saya x loss contact with reality okey… Cume nak sematkan habit senyum dalam diri… and tambahkan manis dalam senyuman bak kata FAAF = ) hehehhe
okey .. nak kongsi sikit pasal “ SENYUM”
Senyum Dari sudut Islam
Ada beberapa hadis nabi tentang senyum ni.. antaranya :
Rasulullah saw. bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
** lepas ni xda alasan untuk tidak bersedak lagi eh.. sebab korang mmg xpayah gune apa2 duit mahupun harta untuk sedekah yang ni okay.. just sedikit effort untuk menggunakan musle obicularis oris?? Ehhh betul ker muscle ni?? Okeyyy aku lupe.. hikssss = )
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim
“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi
Dan sedikit hukum senyum-menyeyum dalam islam :
Sunat senyum : Bila senyum kat kawan-kawan sesama jantina
Wajib senyum : Bila senyum kepada ibu bapa..
Makruh senyum : senyum sorang-sorang (ahaha.. berangan kah?kantoi!)
Haram senyum : Senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina
Harus senyum : Senyum kat orang atas pertolongan yang telah diberikan, in this case tak kesah laki atau perempuan..
Senyum dari sudut kesihatan
- Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
- Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
-Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
-Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa
-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
- Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
Senyum dari sudut psychology
- Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
-Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian hadian Dan, lebih menarik dari lipstik dan bedak yang menempel di wajah seorang wanita
-senyum dapat mempengaruhi orang-orang ke arah yang lebih baik. Dengan senyum, sesuatu yang sulit akan terasa lebih ringan
-senyum juga memiliki impak positif bagi si pennyenyum . Disebutkan, dengan senyum dapat mengurangkan stres, meningkatkan kekebalan diri , memicu perasaan optimis, dan dapat meningkatkan hubungan baik dengan orang lain.
-Senyum membuat korang lebih menarik . Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum
- Senyum mengubah mood korang. Ketika korang rasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin mood korang akan berubah menjadi lebih baik.
-Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.time seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan berjangkit ke orang lain .
Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati, Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
P/S : hhhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu xsabar nak menghantar and menyambut kepulangan pemilik cinta selepas Allah and Rasullulah daripada rumah dengan senyuman… hikssssssss (*.*)
No comments:
Post a Comment