Pertama sekali dan selama-lamanya Assalamualaikum W.B.T = )
Okeeeyyyy… mood rendu nak balik rumah… huhuhuhu (T.T) namun perjalanan and kehidupan tetap perlu diteruskan.. berdirilah dengan gagahnya, duduklah dengan penuh rasa syukur, berjalan menyusurilah walaupun penat dan lelah.. ececehhhhh = b ….
Disamping mood touching2 tengah ingat mak ayah… ni nak share sikit pasal hadis Rasullulah S.A.W :
Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya.
Okey… hadis ni untuk orang yang dah bersuami dan beristeri… so nak divide dua la hari ni kan…
****Ayat al-quran yang pertama untuk para2 wanita yang masih belum berkahwin dan juga para2 lelaki yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin …. Orang yang paling berhak untuk awk sekarang ni Emak Ayah awak okey…. One more time .. EMAK AYAH awak okay…. So no turning point atau alasan awak nak melawan, berdusta mahupun xmenghormati.. bukan saya yang suruh ni okey… tp Allah yang kata and suruh .. xcaya ??? lets look it
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[ al is raa : 850]
Sudah terang lagi bersuluh = ) rasanya semua orang pun sayang mak ayah dia kan… semua orang pun hari2 rindu mak ayah dia kan.. semua orang pun xtenteram kalo mak ayah dia xsehat kan… cumenyer apa yang lebih insan lemah ni nak tekan and sampaikan kat sini adalah tahap hormat kita atau kesabaran kita terhadap kedua ibu bapa disaat iman diuji mahupun disaat hati tengah terlalu berseronok dengan benda lain....masihkah ibu bapa dihormati atau didahulukan???
Okeyy contoh situation :
Eg 1st : awak tengah buzy dengan study awak… kadang kurang masa untuk kol mak tanya kabar.. kalo kol pun sekejap and xda felling apa2… ada rasa nak ignore phone x?
Eg 2nd : awak tengah berserabut dengan macam2 masalah and mak pulak push awak dengan masalah lain dan membebel xhabis2.. ada rasa nak tinggi suara x?
Eg 3rd : awak baru ada boyfriend bha… boy awak kol hari2 kot.. sehari 5-6 kali kol. Awak dah xpenah kol mak awak pun skrg… sampai mak awak yang rindu awak and kol awak .. ada rasa mak dah xpenting untk dishare cerita tak sebab awak dah ada orang lain yang kononya sanggup kongsi suka duka dgn awak ?
Eg 4th:: awak punya umur dah masuk 22 tahun.. okay dah besar.. dah tau jaga diri.. dah tau nak buat decision sendiri.. kononnya dah tau sangat selok belok kehidupan .. ada rasa mak tu mengongkong hidup awak x?
Eg 5th:awak sekarang dah keja bagus, gaji dah besar, keta dah besar and badan pun makin membesar…heheh and pikir xpelah mak ayah faham awak bz no time for them… ada rasa malas nak balik kampong dah x ?
Saudara, saudari, Akak2, abang2, adik2, serta diri yang lemah ini .. apabila ada rasa seperti ini… kembalilah… bukalah kalamuAllah.. hayati satu persatu ayatnya… satu persatu kalimahnya, ingat kembalik ayah dan ibu semasa kita dilahirkan sehingga sekrang... ( T.T)
****Ayat al-quran yang seterusnya untuk saudari2 yang telah bergelar isteri.. yang lebih besar haknya terhadap anda adalah suami anda =)
Buat Isteri
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
“Jika aku boleh menyuruh manusia bersujud kepada manusia, tentu aku akan menyuruh perempuan bersujud kepada suaminya.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad)
“Tidak patut manusia bersujud kepada manusia, andai manusia boleh bersujud kepada manusia, maka aku perintahkan kepada wanita bersujud di depan suaminya, mengingat besarnya hak suami atas istri. Demi dzat yang jiwa ragaku berada dalam genggaman tangan-Nya, andaikata sekujur tubuh suami, dari kepala sampai kaki penuh dengan luka yang berdarah dan bernanah, lalu sang istri menjilatinya, dia belum dapat melunasi haknya.” (HR. Ahmad)
“Tidak halal bagi seorang istri berpuasa sementara suaminya berada di rumah kecuali dengan izinnya, dan istri tidak boleh mempersilahkan seseorang masuk rumah kecuali dengan persetujuan suami.” (HR. Muttafaq’Alaih)
“Dari ‘Aisyah bahwa Hindun binti ‘Utbah pernah bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya Abu Sofyan adalah orang yang kikir. Ia tidak mau memberi nafkah kepadaku dan anakku, sehingga aku mesti mengambil daripadanya tanpa sepengetahuannya.” Maka Rasulullah bersabda: “Ambillah apa yang mencukupi bagimu dan anakmu dengan cara yang baik.” (HR. Bukhari, Muslim)
Hak suami atas isteri ialah tidak menjauhi tempat tidur suami dan memperlakukannya dengan benar dan jujur, mentaati perintahnya dan tidak ke luar (meninggalkan) rumah kecuali dengan ijin suaminya, tidak memasukkan ke rumahnya orang-orang yang tidak disukai suaminya. (HR. Ath-Thabrani)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya : wanita yang bagaimanakah yang paling baik ? maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab : yang menyenangkannya (suaminya) jika ia memandangnya, taat kepadanya jika dia memerintahkan, dan dia tidak menyelisihinya dalam dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibencinya.
Buat Suami
Dari Mu’awiyah al-Qusyairi, ia berkata: “Saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah hak seorang istri dari kami kepada suaminya? Sabdanya: Engkau memberi makan kepadanya apa yang engkau makan. Engkau memberinya pakaian sebagaimana engkau berpakaian. Janganlah engkau memukul mukanya. Janganlah engkau menjelekkannya, kecuali masih dalam satu rumah. (HR. Abu Dawud)
“Berbuat baiklah terhadap istri kalian, karena wanita tercipta dari tulang rusuk. Sesungguhnya bagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bagian atasnya. Jika engkau hendak meluruskannya, maka akan mematahkannya, dan jika engkau biarkan, maka ia tetap bengkok. Untuk itulah, berbuat-baiklah kalian kepada istri-istri.” (HR. Muttafaq’Alaih)
Tempatkanlah mereka (para istri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka; dan jika mereka (istri-istri yang sudah ditalak) itu perempuan-perempuan yang sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka bersalin. (QS. Ath-Thalaq: 6)
Dikatakan kepada Aisyah, “Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam rumah?” Dia menjawab, “Beliau membantu pekerjaan istrinya, dan ketika mendengar adzan, beliau langsung keluar.” (HR. Al-Bukhari)
“Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Mahatinggi, Mahabesar.” (QS. An-Nisaa’:34)
Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah di dalam urusan perempuan. Karena sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan kalimat Allah. Kamu telah menghalalkan kemaluan (kehormatan) mereka dengan kalimat Allah. Wajib bagi mereka (istri-istri) untuk tidak memasukkan ke dalam rumahmu orang yang tidak kamu sukai. jika mereka melanggar yang tersebut pukullah mereka, tetapi jangan sampai melukai. Mereka berhak mendapatkan belanja dari kamu dan pakaian dengan cara yang ma’ruf.” (HR. Muslim)
Emmmm komennye disini,, emm bila dah kahwin kena menghormati suami kan?? Jadi hanya ingin memberi pandangan peribadi mungkin ada yang bersetuju dan mugkin juga da yang tidak bersetuju… pandangan nyer berbunyi… hehehhee pilihlah suami yang menyejukkan hati anda, yang menenagkan anda, yang less provokasi , terimalah dia seadanya sedari diawal langkah diambil untk bernikah… kerana jika hati merelakan dan sejuk dari awal lagi… InsyaAllah.. di alam rumah tangga nnt dia sentiasa menyejukkan hati2 anda….. bila less dosa awak buat dkt suami so chances untk masuk syurga tu lebih tinggi. InsyaAllah = )
P/S : Ya Allah.. jadikanlah Hambamu ini anak yang Solehah.. yang sentiasa bersama kedua ibu bapanya ketika susah mahupun senang dan jadikanlah hambamu ini isteri yang cerdik dan solehah penenang hati buat suaminya Ya Allah.. amin = )
best! semoge ayah nani n femily nani tabah n kuat melawan ujian sakit itu
ReplyDeletetq nadia... InsyaAllah.... terima kasih atas doa2 =)
ReplyDelete